Search This Blog

HOME

Sunday, August 4, 2013

Pelakon Drama Popular Korea Selatan, Park Si-hoo Terlibat Skandal Rogol?.


Pelakon drama popular Korea Selatan, Park Si-hoo telah dikaitkan dengan skandal rogol oleh daripada seorang pelakon pelatih muda yang hanya dikenali sebagai ‘Miss A’, kes ini dikatakan berlaku beberapa minggu yang lalu dan menjadi bualan hangat pada masa kini.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada Hari Valentine yang lalu apabila Park dilihat melalui CCTV bersama-sama pelatih tersebut dan seorang lagi telah memasuki apartment Park pada lewat malam itu.


Keesokan harinya 'Miss A' pergi kepada pihak polis dan membuat laporan bahawa dia telah dirogol secara paksa semasa didalam keadaan mabuk dan tidak mampu mempertahankan dirinya.

Miss A mendakwa, mungkin dia telah diberi dadah tetapi setelah ujian dilakukan terhadapnya didapati negatif.

Park Si-hoo juga membuat laporan polis terhadap Miss A, rakannya Miss B dan seorang kenalan beliau kerana beranggapan mereka memfitnahnya.

Terkini heboh apabila tersiarnya mesej dari telefon bimbit ketiga-tiga mereka yang menimbulkan spekulasi mengatakan ketiga-tiga mereka bersuhabat dan mempunyai motif yang tersembunyi untuk mengenakan Park Si-hoo.

Diantara drama lakonan Park Si-hoo yang mendapat rating tertinggi ialah drama berjodol ‘Family's Honor’ yang dilakonkan pada tahun 2008 dan drama ‘The Princess Man’ pada tahun 2011.

Diberitakan kes ini masih lagi didalam siasatan dan dikatakan pihak polis sedang menganalisa banyak mesej lain yang berkaitan dengan kes ini.

Kalau tahu bahasa Korea bolehlah nonton yer......

No comments:

Post a Comment