Search This Blog

HOME

Friday, January 31, 2014

Pengorbanan seorang ibu........ lihatlah bagaimana seksanya mereka semasa melahirkan kita. (Video)


Pengorbanan seorang ibu........ lihatlah bagaimana seksanya mereka semasa melahirkan kita........ tonton video dibawah ini:-




Artis bertudung sesatkan masyarakat dalam diam.

ok jugak kalau si angah ni bertudung...........

Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.

Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya. Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.

Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak. Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk kedua-dua 'bukit' wanita sering dijadikan tudung contoh.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]

Inilah peranan artis bertudung, memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti. Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka.

Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam.

Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat. Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam.

Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung. Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal?, hal aurat tidak lagi diambil peduli.

Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, "Saya suka awak bertudung, kekalkan imej bertudung". Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai.

Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak. Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, 'tepati syarak' juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.

Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]

Info - Racun dalam otak dibersihkan sewaktu kita tidur.

Otak akan menggunakan waktu kita tidur untuk membuang racun2 didalamnya

Otak menggunakan masa selama manusia tidur untuk mencuci racun-racun yang terkumpul setelah proses berfikir selama seharian, kata para penyelidik . Para pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat itu percaya bahawa " sistem pembuangan racun " adalah salah satu alasan dasar kenapa manusia mesti tidur.

Pengajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal Science menunjukkan sel-sel otak menyusut semasa tidur untuk membuka jarak antara neuron sehingga membolehkan cecair masuk untuk mencuci bersih otak kita.

Mereka juga berkata bahawa kegagalan untuk membersihkan beberapa protein beracun mungkin berperanan dalam mencetuskan gangguan otak.

Sebelumnya telah terbukti waktu tidur berperanan besar dalam proses belajar dan memperbaiki daya ingatan, tapi sebuah pasukan di University of Rochester Medical Centre percaya bahawa salah satu sebab utama tidur mungkin berkaitan dengan sebuah " pekerjaan rumah " yang harus dilakukan di dalam otak.


Berfikir atau tidur

Tidur juga meningkatkan aktiviti otak yang berkaitan dengan ingatan.
"Otak mempunyai tenaga yang terhad dan tampaknya bahawa ia harus memilih antara dua fungsi yang berbeza - terjaga dan sedar atau tidur dan membersihkan ," kata penyelidik Dr Maiken Nedergaard.

"Anda boleh menganggap otak seperti halnya sebuah rumah untuk berpesta. Di sana anda boleh menghibur para tetamu atau membersihkan rumah, tetapi anda tidak boleh benar-benar melakukan keduanya pada masa yang sama." 

Sewaktu badan kita berada dalam keadaan rehat, otak bekerja keras mengeluarkan toksin yang dihasilkan.

Kajian ini berdasar pada penemuan sebelumnya mengenai jaringan otak yang dikenali sebagai sistem glymphatic - yang membawa bahan-bahan buangan keluar dari otak.

Para saintis meneliti dengan menggunakan otak tikus. Kajian ini menunjukkan bahawa sistem glymphatic menjadi 10 kali lebih aktif ketika tikus sedang tidur.

Sel-sel dalam otak menyusut semasa tidur . Hal ini melebarkan saiz ruang antara jaringan otak, sehingga lebih banyak cecair yang masuk dan mencuci racun- racun.

Dr. Nedergaard mengatakan ini adalah fungsi "penting" untuk bertahan hidup, tetapi nampaknya tidak mungkin terjadi ketika fikiran terjaga.

Dia mengatakan kepada BBC: "Ini adalah murni spekulasi, tapi sepertinya otak kehilangan banyak tenaga semasa mengepam air dan itu mungkin tidak boleh dilakukan ketika proses pengolahan maklumat berlaku."

Seba itu kita perlu tidur di waktu malam dan elakkan tidur lewat di malam hari inilah antara hikmah kenapa Allah ciptakan malam dan kenapa kita perlu tidur dimalam hari.. Subhanallah indah sungguh ciptaanya, semuanya ada hikmah disebaliknya.


Kenali Kekarutan Syiah


Beberapa orang tokoh sunnah mengatakan bahawa “Syiah adalah himpunan segala ajaran sesat di muka bumi ini. Tiada satu pun ajaran sesat melainkan ada di dalam Syiah.”

Kenyataan ini mungkin agak keterlaluan, nakal, pelik dan lucu. Tetapi bagi pengkaji-pengkaji tegar ajaran Syiah, kenyataan ini ada kebenarannya. Ramai pengkaji yang membongkar buku-buku syiah dan membuktikan  kebenaran dakwaan ini. Ini tidak menghairankan kerana Syiah itu sendiri diasaskan oleh Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ al-Yahudi yang berasal dari Yaman.

Syiah bukan satu mazhab dalam Islam, bahkan satu kelompok yang terkeluar dari Islam. Ada yang mengatakan Syiah bukan murtad kerana mereka tidak pernah masuk dalam Islam!

Mereka seperti yang disebut di dalam Al-Quran (al-Khaf ayat 103-106), adalah golongan paling rugi, segala amal mereka sia-sia tetapi mereka menyangka mereka berbuat baik. Mereka kufur kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan denganNya lalu gugur segala amalan mereka (sekiranya ada seperti berbuat baik kepada ibu bapa dan bersedekah). Di akhirat, mereka seperti tidak wujud dan segala amalan mereka hanyalah hampas.

Kufah Iraq

Asalnya golongan Syiah berkembang baik di Kufah Iraq. Pada mulanya mereka itu tiada beza dengan  Ahl al Sunnah Cuma mereka mengutamakan ‘Ali berbanding khalifah yang ketiga. Mereka disebut Syiah Tafdil. Kemudian masuk jarum Yahudi, Nasrani dan Majusi ke dalam aliran mereka sehingga terbentuk satu kelompok lain.

Iran Sunnah

Dari Iraq, Syiah membiak sampai ke Bumi Syam dan Iran. Iran asalnya sebuah Negara sunnah. Hanya empat Bandar Syiah wujud di Iran. Apabila Ismail Safawi 9matitahun 1524M0 berjaya merampas kuasa, dia mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Iran dan menjadikan Syiah sebagai agama rasmi. Untuk menSyiahkan rakyat Iran, dia memanggil tokoh-tokoh Syiah Lubnan datang ke Iran. Pembunuhan terhadap Ahl al-Sunnah dilakukan besar-besaran. Dengan kekuatan senjata dia memaksa baki rakyatnya yang beraliran sunnah memasuki Syiah.

Quran Syiah

Mereka menolak keaslian al-Quran yang ada hari ini. Ini pun cukup untuk menjadi kafir menurut Islam. Quran mereka yang mereka namakan Mushaf Fatimah adalah 3 kali ganda lebih tebal daripada al-Quran sekarang.

Melalui pemerhatian, tafsir Syiah penuh dengan kekarutan hawa nafsu, cerita dongeng purbakala, kuno, lucu dan hodoh. Dr. Solah al-khalidi ada menulis dan mengulas buku Tafsir kulayni yang caca merba, penuh hawa nafsu, batiniyyah dan karut. Buku-buku tafsir mereka seumpama buku-buku perdukunan dan jampi serapah dahulukala. Dalam Islam, mentafsir al-Quran secara sesat adalah satu jenayah besar dan kekufuran. Al-Quran mesti ditafsir dengan al-Quran, hadith, tafsiran sahabat dan tabi’in serta mengikut kadah-kaedah bahasa Arab.

‘SAYA HANYA TUNGGU HIDAYAH’.

Felixia Yeap semakin manis setelah bertudung

Kuala Lumpur: “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah,” kata Felixia Yeap.

Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.

“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.

Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.


Lagi pelajar diganggu makhluk halus........ bersilat depan pokok Sena.

Seorang pelajar ditenangkan rakan dan guru selepas diserang histeria

Alor Setar: “Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.”

Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi, semalam, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, di sini, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Seorang waris memapah pelajar diserang histeria.
Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.

Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi.

Tujuh beranak ditahan dalam serbuan dadah.

Gambar hiasan

Tanah Merah: Tujuh beranak termasuk pasangan suami isteri ditahan dalam serbuan dadah di Kampung Renab, Ayer Lanas, di sini semalam.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, pemeriksaan menemui beberapa paket plastik berisi daun kering dan tiga ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat tiga kilogram di dalam rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Abdul Aziz Mahmud berkata serbuan dilakukan 13 anggota Pasukan Gerak Am (PGA) susulan maklumat dadah yang diperolehi sempena Ops Cantas Khas.

Katanya, terdahulu pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang juga seorang warga Thailand berada di dalam rumah itu.

"Pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui sehelai seluar sukan yang berisi dua paket cerah berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 35 gram dan satu bantal yang berisi satu plastik cerah berisi daun kering disyaki ganja seberat 15 gram.

"Suspek kemudian menunjukkan satu plastik hitam berisi daun kering disyaki ganja sebelum menemui tiga ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat tiga kilogram,"katanya.

Abdul Aziz berkata ketika pemeriksaan dijalankan seorang lelaki dan seorang perempuan dipercayai anak kepada pasangan suami isteri itu datang ke rumah berkenaan.

"Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 6 ADB 1952," katanya.


15 PATI dalam sampan ditahan.


Banting: Polis Marin Pelabuhan Klang menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita dalam satu Op Cantas Khas dijalankan kira-kira 1.0 Batu Nautika dari Pantai Morib, di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi kira-kira jam 4.30 pagi diketuai Sarjan Mohd Hanafiah Sudin itu, belia bersama tiga anggota sedang menjalankan operasi berkenaan bagi memantau keselamatan perairan Selangor sebelum menerima maklumat mengenai pergerakan sebuah sampan yang disyaki sedang menjalankan aktiviti penyeludupan migran.
Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said, berdasarkan maklumat risikan yang diterima, pihaknya kemudian pergi ke lokasi yang diberikan hingga berjaya mengesan sebuah sampan yang sarat dengan 15 penumpang sebelum meintasnya.

"Hasil pemeriksaan mendapati, semua Pati berusia 25 hingga 53 tahun terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Semua Pati terbabit kemudian dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007," katanya.

Beginilah jadinya bila buat hal kat tempat letak kereta di Jepun.


Memang pening bila nak letak kereta di Negara Jepun dan harganya juga mahal, pemilik kedai yang mempunyai tempat letak kereta di Jepun dikira beruntung dan mereka mengambil serius tentang ini walaupun melibatkan pelanggan.

Mereka juga mengadakan hukum sendiri kepada pelanggan yang sesuka hati meletak kenderaan atau mereka yang meletak kenderaan melebihi waktu pejabat dan diantara hukumannya ialah dengan mengepung kereta tersebut dengan menggunakan ‘trolly’. 

Apabila gambar ini disiarkan di internet ramai yang memuji kecerdikan tuan punya kedai, itu di Jepun jika berlaku di negara lain bagaimana, contohnya di Malaysia tak tahu apa jadi dengan trolly tu.

Di Agra, India mereka minum air kencing Lembu untuk sembuh penyakit.


Dikhabarkan bahawa penganut Hindu di Agra, India rajin minum air kencing lembu setiap pagi . Mereka mempercayai bahawa air kencing lembu boleh merawat segala macam penyakit seperti kanser.

Seperti disiarkan Daily Mall, penganut Hindu di Agra telah mempercayai bahawa lembu adalah binatang yang suci. Bahkan setiap pagi penduduk di Agra berkumpul di kandang lembu milik DD Singhal,  sami yayasan Gaushala untuk meminta air kencing lembu.

Menurut Singhal, air kencing lembu dapat menyembuhkan segala macam penyakit seperti Kanser, batuk kering, sakit perut, diabetes, bahkan tumor. Selain itu, air kencing lembu juga dapat mencegah keguguran.

Namun, air kencing lembu yang diminum haruslah air kencing dari lembu yang masih perawan. Mengambilnya juga mempunyai peraturan, iaitu sebelum matahari terbit. Oleh kerana itu, setiap penduduk di  Agra berkumpul di kandang lembu.

Hal ini telah dibuktikan oleh seorang warga Agra yang bernama Jairam Singhal. Ia mengaku telah meminum air kencing lembu selama 10 tahun.  Awalnya ia menderita penyakit kencing manis, lalu ia cuba meminum air kencing lembu secara rutin, dan kini ia merasa sangat baik, dan lebih segar setelah minum air kencing lembu tersebut.

Keberkesanan air kencing lembu ini, sudah sejak lama termaktub didalam kitab suci Wedha. " Di dunia ini hanya ada dua air yang suci, yang pertama air dari sungai suci Gangga, dan kedua air kencing lembu dara.


Kini, Jairam singhal akan menghasilkan produk - produk seperti ubat gigi, sabun, ubat - ubatan, dan lain-lain dari air kencing lembu.

Thursday, January 30, 2014

Kaum lelaki, Jom pergi solat Jumaat..........kaum wanita jom tonton video ceramah ini, ada juga manafaatnya.........


Daripada kaum wanita keluar ke shopping kompleks lebih baik menonton video ceramah ini, ada juga manafaatnya......

Tajuk Ceramah:
 BAGAIMANA KAMU MEMANDANG DIRI KAMU

Penceramah: 
AL-HABIB ALI AL-JUFRI




TAKUT ADA YANG DAH LUPA - Potong kuku ikut Sunnah Rasulullah S.A.W.


POTONG KUKU bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong mulai jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam (sunnah) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. ~ [Riwayat Muslim].

Menurut Imam Shafie: Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ~ [Riwayat Ahmad].

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. ~ [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani].

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:- Barang siapa yang memotong kukunya pada;

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Kehebatan Laungan Azan 24 Jam di Seluruh Dunia.


Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang perkara ini, tetapi kepada yang belum lagi mengetahuinya secara jelas dipaparkan sekali lagi bagaimana hebatnya laungan azan selama 24 jam di seluruh dunia melalui video dibawah nanti.

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkanazan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini,Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.


Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Saksikan video dibawah.......... 


Tanda-tanda saat kematian orang Islam.

Gambar hiasan

Bertaubatlah sebelum tiba saat kematian...........

Dintara tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. 

Soalannya: 

Sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya?.

Jawapan:

Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; “Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak”. Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu:

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah, 

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ

“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏

“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya “Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh”. Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.

Subhanallah lelaki mengaji dalam koma. (Video)

Admin ingin berkongsi sebuah video yang sangat menyayat hati apabila seorang lelaki yang telah disahkan koma, tetapi amalan hariannya memungkinkan dia diberi hidayah oleh Allah S.W.T. sehinggakan dia boleh mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun dia berada didalam keadaan koma.

Agar video ini akan menginsafkan saya dan anda yang menontonnya.............  


Asal usul video ini sedang dikesan, Insyallah admin akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat siapa lelaki didalam video ini dan jika anda yang sudah menonton video ini dan mengetahui dari mana lelaki ini berasal, admin mohon agar dapat kita berkongsi maklumat tersebut dengan menghantar komen.

Sekali lagi admin berharap agar video diatas ini boleh menginsafkan kita yang masih sehat walafiat supaya sentiasa bertakwa kepadaNYA. Insyallah.

WHO IS THE REAL TERRORIST?

Sheikh Abu Hamza or Pierre Vogel

Who started the first world war?...Muslims?

Who started the second world war?...Muslims?

Who sent the nuclear bombs of Hiroshima and Nagasaki?...Muslims?

Who killed more than 100 millions of Indians in North America?...Muslims?

Who killed more than 50 millions of Indians in south America?...Muslims?

Who took about 180 millions of African people as slaves and 88% of them died and was thrown in Atlantic ocean? Did Muslims do it?

Who killed about 20 millions of Aborigines in Australia?...Muslims?

Who killed thousands of people in Vietnam?...Muslims?

You ask me............... this is my answer......

NO! They werent muslims!

And today you can notice that muslims are always the victims when you look at what is happening in Burma (Myanmar), Yemen, Syria, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Ethiopia, Bangladesh, Palestine...etc

But media ways are controlled by NON MUSLIMS even inside muslims countries that is why they hide all kinds of crimes against muslims such as burning kids alive in Burma and bombing civilians in Iraq and Afghanistan...etc. And they show all crimes done by few muslims even if it was killing an insect.


Subhanallah! despite of that, Islam is SPREADING so fast

Pierre Vogel 34, dilahirkan di Frechen, Jerman pada 20 Julai 1978. Beliau merupakan seorang pendakwah Islam berbangsa Jerman. Sebelum memeluk Islam pada 2001 Vogel adalah seorang peninju profesional. Tak lama selepas itu dia mula belajar tentang Agama Islam di Jerman sebelum melanjutkan pengajian di Om Al-Qura di Mekah selama 2 tahun.

Pada tahun 2006 beliau kembali ke Berlin dan mula mengajar Agama Islam di masjid Al-Nur-Moschee Neukölln, di universiti2 dan juga di kalangan orang Kristian di Jerman.

Jika benar kamu sayang diri kamu jagalah aurat.


Diakhirat nanti, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya akan ditanggung oleh 4 lelaki iaitu:

1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya

Kita perlu tahu bahawa dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan adalah ditanggung mereka sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak mereka ke jalan yang benar (Islam).

“Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja  yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”  - Surah Al-An’am : 164.

Dahsyatnya seorang wanita ciptaan Allah SWT yang Maha Hebat. Tangan yang menghayun buaian mampu menjadi tiket kepada lelaki sama ada ke neraka atau syurga. Jadi, jika benar seorang wanita itu sayangkan ayahnya dan suaminya jagalah aurat dan diantaranya seperti berikut: -

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal atau kata orang sekarang hidung belang - Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Hadis Riwayat At-Thabrani.

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan :  Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah - Surah Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

**** Khabarkanlah atau kirimkanlah pedoman ini kepada anak-anak kita, keluarga kita, rakan-rakan kita dan kepada sesiapa jua...............