Search This Blog

HOME

Tuesday, January 21, 2014

BERITA - Usaha Bawa Pulang.

GAMBAR kenangan Shalwati Norshal (kanan)yang ditahan di Sweden dengan suaminya bersama empat anaknya yang dimuat naik saudara pasangan terbabit di laman Facebook.

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Ab Rahman memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk membawa pulang empat kanak-kanak yang dijaga sebuah keluarga angkat di negara itu atau menempatkan mereka di bawah jagaan keluarga muslim.

Ketika ini, kedutaan masih dalam proses mendapatkan peguam mewakili kanak-kanak itu bagi membolehkan usaha berkenaan dilakukan dalam masa terdekat.

Ketika dihubungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous malam tadi, beliau turut meminta semua pihak agar bertenang dan menunggu proses yang diusahakan kedutaan bersama pihak berkuasa Sweden.

Keputusan mengenainya akan diketahui dalam waktu terdekat.


No comments:

Post a Comment