Search This Blog

HOME

Friday, January 31, 2014

15 PATI dalam sampan ditahan.


Banting: Polis Marin Pelabuhan Klang menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita dalam satu Op Cantas Khas dijalankan kira-kira 1.0 Batu Nautika dari Pantai Morib, di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi kira-kira jam 4.30 pagi diketuai Sarjan Mohd Hanafiah Sudin itu, belia bersama tiga anggota sedang menjalankan operasi berkenaan bagi memantau keselamatan perairan Selangor sebelum menerima maklumat mengenai pergerakan sebuah sampan yang disyaki sedang menjalankan aktiviti penyeludupan migran.
Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said, berdasarkan maklumat risikan yang diterima, pihaknya kemudian pergi ke lokasi yang diberikan hingga berjaya mengesan sebuah sampan yang sarat dengan 15 penumpang sebelum meintasnya.

"Hasil pemeriksaan mendapati, semua Pati berusia 25 hingga 53 tahun terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Semua Pati terbabit kemudian dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007," katanya.

No comments:

Post a Comment