Search This Blog

HOME

Saturday, January 25, 2014

Tun Mahathir Lawat Haron Din Di IJN.

Inilah gambar yang menyejukkan mata sesiapa sahaja yang memandang.

Meskipun berlainan fahaman politik, Tun Dr Mahathir masih meluangkan masa untuk melawat Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Kedua-dua tokoh ini dimaklumi pernah ‘bertelingkah’ dan berbalas kenyataan di media.

Antaranya, pada Ogos 2012 Haron Din pernah menegur Tun Mahathir agar bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan “better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang tak anda kenali” di blognya.

Pepatah Inggeris itu dibimbangi Haron Din boleh merosakkan akidah diri Tun Mahathir dan umat Islam yang percaya padanya.

Bagaimanapun, ini semua ternyata hubungan ‘masam manis’ yang pada penghujungnya, menyatukan dua insan sesama bangsa dan agama.

Haron Din sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana masalah jantung namun kini keadaan beliau dilaporkan sudah stabil.

Tun Mahathir juga, pernah beberapa kali mendapatkan rawatan di IJN dengan kali terakhir, November tahun lalu.

Apa pun, didoakan semoga kedua-dua tokoh ‘senior’ yang dihormati ramai ini terus berada dalam keadaan sihat walafiat agar dapat terus menabur jasa pada masyarakat.

Sumber

No comments:

Post a Comment