Search This Blog

HOME

Friday, January 24, 2014

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib Meninggal Dunia - ADAKAH LAGI MEREKA YANG MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH DALAM PAS?

Ketua Dewan Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun Taib

Kuala Terengganu: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib meninggal dunia jam 12.10 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.
Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat yang mengesahkan perkara itu, berkata Allahyarham, 70, meninggal dunia selepas dua hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis.
Didoakan semuga Allah S.W.T. mengampunkan dosa-dosanya dan dicucuri rahmat keatas rohnya dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.   
Sementara itu, Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan semakin stabil.

No comments:

Post a Comment