Search This Blog

HOME

Tuesday, January 21, 2014

United Tak Putus Asa: MOYES


PENGURUS Manchester United David Moyes berjanji tidak akan berputus asa bagi rebutan juara Liga Perdana Inggeris walaupun pasukannya kini ketinggalan 14 mata selepas kalah kepada Chelsea, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea Jose Mourinho berpendapat juara bertahan itu tidak mempunyai peluang merangkul kejuaraan tahun ini selepas United kalah 3-1 hasil jaringan hat trik Samuel Eto’o.

Namun, Moyes berkata, pasukannya tetap akan meneruskan perjuangan mereka.

“Ia satu cabaran besar tetapi dalam dunia bola sepak ia merupakan satu cabaran yang menarik,” katanya.

“Kami akan tetap berjuang sehingga saat-saat terakhir.”

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Samuel Eto’o mengambil peluang kelemahan dalam barisan pertahanan United untuk menjaringkan hat trik pertamanya bagi Chelsea.

Eto’o membuka tirai jaringan pada minit ke-17 sebelum menyumbat satu lagi gol sejurus sebelum babak pertama berakhir serta gol ketiga pada minit ke-49.

United hanya mampu membalas dengan satu gol pada minit ke-78 oleh Javier Hernandez.

Kekalahan ini merupakan yang ketujuh bagi United pada Liga Perdana Inggeris.

United bukan sahaja ketinggalan 14 mata dari tangga teratas Liga tetapi enam mata daripada tempat keempat sekaligus kelayakan bagi Liga Juara-Juara.

Perlawanan ini juga merupakan kemenangan Liga Perdana Inggeris yang ke-100 bagi Mourinho.

United juga akan ke tiga perlawanan seterusnya tanpa kapten Nemanja Vidic yang dibuang padang pada masa tambahan.


No comments:

Post a Comment