Search This Blog

HOME

Friday, January 31, 2014

Tujuh beranak ditahan dalam serbuan dadah.

Gambar hiasan

Tanah Merah: Tujuh beranak termasuk pasangan suami isteri ditahan dalam serbuan dadah di Kampung Renab, Ayer Lanas, di sini semalam.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, pemeriksaan menemui beberapa paket plastik berisi daun kering dan tiga ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat tiga kilogram di dalam rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Abdul Aziz Mahmud berkata serbuan dilakukan 13 anggota Pasukan Gerak Am (PGA) susulan maklumat dadah yang diperolehi sempena Ops Cantas Khas.

Katanya, terdahulu pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang juga seorang warga Thailand berada di dalam rumah itu.

"Pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui sehelai seluar sukan yang berisi dua paket cerah berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 35 gram dan satu bantal yang berisi satu plastik cerah berisi daun kering disyaki ganja seberat 15 gram.

"Suspek kemudian menunjukkan satu plastik hitam berisi daun kering disyaki ganja sebelum menemui tiga ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat tiga kilogram,"katanya.

Abdul Aziz berkata ketika pemeriksaan dijalankan seorang lelaki dan seorang perempuan dipercayai anak kepada pasangan suami isteri itu datang ke rumah berkenaan.

"Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 6 ADB 1952," katanya.


No comments:

Post a Comment