Search This Blog

HOME

Wednesday, January 29, 2014

PDRM tidak tubuh pasukan polis syariah - KPN

Seorang polisi wanita Syariah mengawal para wanita muda yang mengenakan celana jins ketat selama pemeriksaan jalanan di Banda Aceh. Jins dianggap sebagai pakaian tidak senonoh oleh umat Muslim yang konservatif.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu kesalahan syariah.

Beliau berkata, sebaliknya cadangan skuad Polis Syariah bermaksud anggota dan pegawai polis dipinjam ke jabatan-jabatan agama Islam bagi membantu penyiasatan dan penguatkuasaan jika terdapat permohonan.
"Jangan salah faham dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

"Ia sebenarnya bermaksud bahawa kita (polis) tawarkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan agama Islam negeri untuk kita pinjamkan pegawai kita ke jabatan-jabatan ini untuk bantu mereka tingkatkan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang syariah," katanya.

Khalid mengulas cadangan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menubuhkan pasukan polis syariah bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, cadangan itu antara lain akan membolehkan PDRM menempatkan pegawai dan anggotanya di JAKIM sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

Menteri itu berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Khalid berkata, sekiranya terlaksana cadangan itu, pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di jabatan-jabatan agama selepas JAKIM memohon perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ditanya apakah terma 'Polis Syariah' bertepatan dengan pelaksanaan perkara itu kelak, katanya: "Kita masih bincang lagi. Apa termanya akan kita umumkan nanti".


Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment