Search This Blog

HOME

Sunday, June 30, 2013

Pemuda Sanggup Buat Pembedahan Plastik Sebab Nak Jadi Seperti Superman. (Gambar & Video)

 

Herbert Chavez 34 tahun, meminati watak Superman sejak berumur 3 tahun bermula dengan kartun Super Friends dan beliau menontonnya setiap hari Sabtu dan watak Superman yang dilakonkan oleh Christopher Reeve didalam filem Superman II adalah yang paling diminati sekali.

Oleh kerana terlalu minat dengan watak Christopher Reeve didalam filem Superman II, Chavez yang berkerja sebagai model di Filipina sanggup membuat pembedahan plastik dimukanya supaya kelihatan benar-benar seperti Christopher Reeve.






Pemain gitar kumpulan Heavy Metal Lightningfan Daripada China Petik Gitar Didalam Aliran Elektrik.

 
Pemain gitar kumpulan Lightningfan, Wang Hongbin beraksi bersama gitarnya, menghasilkan aliran elektrik disekeliling gelung digelar Tesla Col di Fuzhou, China.
















Mengerikan........ Keretapi Lalu Dalam Pasar. (Gambar & Video)

 


Kalau anda melancong ke Thailand jangan lupa melawat kesebuah pasar yang terletak di Mae Klong di barat daya Bangkok, Thailand dan apabila anda berada didalam pasar itu nanti jangan pulak anda terkejut beruk apabila mendengar siren yang menandakan sebuah keretapi akan melalui dikawasan anda sedang membeli belah disitu dan anda juga akan mengalami suasana yang kelam kabut apabila semua peniaga dipasar ditempat keretapi tersebut akan lalu mengemas barang-barang mereka termasuk menurunkan khemah yang mereka pasang........... kalau tak kemas dan diketepikan alamat memang hancur dilanggar keretapi tersebut.










Thursday, June 27, 2013

Kegilaan Terbaru Gadis Jepun Bergambar.


Kalau dulu bergambar dengan mulut itik menjadi kegemaran, tetapi kini gadis-gadis di Jepun mempunyai kegemaran baru iaitu bergambar bersama tombol pintu. Kelihatan agak lucah bagi yang berotak kotor dan diharap gadis-gadis kat Malaysia jangan pulak ada yang gatal nak ikut cara ini.









Tukang Gunting Ini Memotong Rambut Pelanggannya Dengan Menggunakan Api. (Gambar & Video)


Pernahkah anda melihat seorang tukang gunting yang memotong rambut pelanggannya dengan menggunkan api?. Apa yang menakjubkan ialah cara pemotongannya sangat rapi dan menarik, jom kita saksikan gambar dan video dibawah ini.





Suasana Kota Iblis di China.


Tahukah anda, ternyata di negeri China, terdapat sebuah kota bernama Xinjian. Di bandar ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut 'Moguicheng' atau bandar iblis (Devils 'Town). Di sana ada beberapa istana / istana kuno yang misteri.


Masyarakat setempat menyebutnya Moguicheng yang artinya bandar Iblis. Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di Wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah terbengkalai, tidak ada satupun orang yang bermukim di situ.


Disebut sebagai kota iblis kerana bandar ini menyimpan sejumlah misteri. Jika kita berjalan pada hari yang cerah ke arah istana ditemani tiupan angin sepoi.

Nescaya kita akan mendengar alunan melodi yang menyerupai dentingan loceng ataupun dawai-dawai gitar yang dipetik dengan lembut.

Namun ketika badai datang, pasir yang berterbangan membuat langit seketika menjadi gelap. Alunan melodi itu akan berubah menjadi suara auman harimau, jerit tangis bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita tenat dan pada akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangis, dan kemarahan.

Sampai saat ini, fenomena tersebut tetap menjadi sebuah misteri. Tidak ada yang menguak misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara yang demikian.

Mitos mengatakan, mereka adalah suara yang berasal dari segerombolan hantu.

Kolam Renang diisi Dengan 100,000 Liter Air Coca-Cola.



Ketika kita masih kecil mungkin kita pernah mengimpikan untuk berenang di kolam renang yang diperbuat dari minuman berkarbonat. Sangat mengasyikkan dapat membayangkan kita boleh minum minuman berkarbonat sepuasnya. Tetapi apakah impian tersebut merupakan mimpi yang "manis" atau mimpi buruk yang boleh menyebabkan penyakit diabetes (kerana kebanyakankan minum cola).

Kita tidak pernah memikirkannya. Namun seiring dengan bertambahnya usia kita sedar akan realiti dengan berenang di kolam minuman ringan ini: tentu saja semua bahagian tubuh akan menjadi melekat (apakah ini menyenangkan) dan apakah jika dapat meminum soft drink sepuasnya akan benar-benar mengasyikkan.Dan akhirnya kita hanya menganggap hal tersebut merupakan idea gila semata-mata.

Namun, artis Mike Bouchet (yang mula membuat cola sendiri pada tahun 2004) baru-baru ini cuba untuk membuat idea gila tersebut menjadi kenyataan. Pada tarikh 4 Julai, Twentynine Palms, California, Mike Bouchet Twentynine Palms, California, Mike Bouchet seorang penyanyi Inggeris dengan 100000 liter coca cola hasil buatannya sendiri.





Hasil kreatifitas Mike tersebut akhirnya dijadikan salah satu koleksi pameran di The Box (sebuah gallery di LA) sebagai kreativiti yang menggunakan bahan dari cola.


Cara Negara China Melatih Tentera Mereka Untuk Berhenti Merokok.



Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang tentera-tenteranya merokok kerana akan mempengaruhi kesihatan seorang tentera yang bertugas untuk menjaga negaranya. Bagaimana boleh menjaga negaranya bila tentera tersebut nantinya mempunyai sejarah penyakit. Apabila ada tentera yang didapati merokok, negara China tak tanggung-tanggung untuk menghukum tentera nakal tersebut.


Mahu tahu bagaimana negara China menghukum tentera yang nakal tersebut? Dibawah ini adalah cara negara China melatih tenteranya untuk berhenti merokok.

Mereka yang degil akan dipaksa menghisap hampir 7 batang rokok sekaligus
Selepas itu mereka akan diarahkan membuat sit-up yang sudah tentu menyiksa paru-paru
Sesudah melalui 2 hukuman berat tersebut, tentera tersebut disumbatkan tembakau yang disedut seperti “Teh Hangat” dan meminumnya



Mahuke anda mencubanya?

Pasangan Kekasih Dari China Ini Hampir Maut Akibat Melakukan Seks Dalam Kereta.


Bagi anda yang mempunyai kebiasaan bermesraan atau bahkan bercinta di dalam kereta, eloklah hentikan kebiasaan buruk tersebut.

Pasangan China ini boleh dijadikan contoh. Mereka berdua hampir saja kehilangan nyawa ketika bermesraan di kereta dan hampir jatuh dari atas bangunan setinggi 18 meter dek kerana salah seorang daripadanya mungkin telah terlanggar gear undur mengakibatkan kenderaan tersebut hampir-hampir terjunam kebawah.


Pasangan bernama Qiao Hou dan Lili Tang yang berasal dari Changsha, wilayah Hunan, China selatan tersebut berjaya diselamatkan oleh orang ramai dan mereka berasa tersangat malu tetapi bersyukur terselamat daripada terjatuh kebawah bangunan setinggi 18 tingkat itu.

Sumber