Search This Blog

HOME

Monday, September 9, 2013

Anak Penyanyi Dan Komposer Indonesia, Ahmad Dhani Terlibat Kemalangan Maut.

Komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani

Komposer terkenal dari Indonesia, Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty masih berdiam diri berhubung kemalangan yang menimpa anak ketiga mereka, Ahmad Abdul Qadir Jaelani atau lebih dikenali sebagai Dul.

Ahmad Abdul Qadir Jaelani, anak ketiga Ahmad dhani
Dul terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 8 Tol Jagorawi, Jakarta yang meragut enam nyawa manakala sembilan yang lain cedera.

Dul yang masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen memandu itu mengalami patah tulang dan lebam-lebam di tubuhnya.

Keadaan ditempat kemalangan dengan mayat bergelimpangan
Pemerhati Anak, Seto Mulyadi, memberitahu Dhani prihatin dan merasa bersalah atas apa yang berlaku malah dia mahu menggantikan hukuman Dul jika Dul dikenakan hukuman.

“Dhani menegaskan kenapa harus Dul yang dihukum, bukan dia sebagai orang tua. Menurutnya kesalahan tetap ada pada orang tua," kata Seto dipetik Vivanews.



Melalui laman mikro Twitter miliknya, Dhani sempat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Turut berduka atas korban kecelakaan hari ini. Semoga keluarga yang ditinggalkan mendapat kekuatan dan ketabahan,” tulisnya pada jam 3.16 petang.





Semalam, kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu Dul dikatakan hilang kawalan sehingga melanggar pembahagi jalan.

Dul berdepan Fasal 310, Kelalaian Berlalu Lintas yang mengakibatkan orang lain cedera parah dan meninggal dunia.


Namun, sehingga kini Dul masih belum ditetapkan sebagai suspek kerana masih di bawah umur.

1 comment: