Search This Blog

HOME

Tuesday, September 3, 2013

Ngeri! Kepala Tertusuk Besi Panjang Sedalam 20 Cm.

Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja 
selepas ia jatuh di tapak bangunan.


Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.


Rakannya Zhang berkata, kejadian berlaku cukup pantas. “Sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Liu sudah pun berlumuran darah,” katanya ketika ditemui.

Dipercayai batang keluli itu jatuh dari tingkat 25 bangunan berkenaan.


Hentakan yang kuat menyebabkan ia tertusuk sedalam 20 sentimeter ke dalam kepala Liu.


Doktor yang menjalankan pembedahan kecemasan di daerah Shanghe, Shandong. Pihak hospital berkata Liu kini sudah terlepas daripada bahaya.

No comments:

Post a Comment