Search This Blog

HOME

Wednesday, September 10, 2014

Suara taukeh char kuey teow bagai langit dengan bumi dibandingkan dengan peserta AF (Video)


Seorang peniaga char kuey teow dan pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Allen castello yang memuat naik rakaman videonya menyanyikan lagu popular kumpulan rock era 90-an Steelheart bertajuk 'She's Gone' melahirkan rasa terkejut apabila video berkenaan mendapat sambutan hangat.

Video yang dirakam di Batu Feringghi, Pulau Pinang itu semakin viral di FB apabila mendapat lebih 4,800 kongsian setakat ini.

Allen, 30-an, yang dihubungi myMetro benar-benar tidak menyangka sambutan pengguna FB yang tidak henti-henti mengirim mesej sokongan dan ucapan tahniah kepadanya.

"Saya tidak sangka masih ramai yang minat rock 90-an sehingga video berkenaan jadi popular. Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-rakan di FB yang hubungi saya," katanya yang pernah menganggotai kumpulan muzik amatur ketika remaja.

Pemilik gerai International Char Kuey Teow itu berkata dia tampil menyanyi bersama kumpulan Kami Buskers pada malam itu setelah dipujuk oleh rakan-rakan dan amat meminati lagu She's Gone.

Admin mencadangkan agar pihak pengurusan Akademi Fantasi dapat berusaha untuk menjemput brother ni untuk membuat persembahan semasa siaran langsung mingguan Akademi Fantasia nanti.

Jom kita kita tonton videonya disini............

  
Sumber - myMetro Online

No comments:

Post a Comment