Search This Blog

HOME

Monday, October 13, 2014

EPL: Wenger mohon maaf kepada Mourinho

Arsene Wenger kelihatan sedang ditenangkan oleh pengadil simpanan daripada terus bertelagah dengan Mourinho
PARIS: Arsene Wenger sudah memohon maaf ke atas perbuatannya menolak dengan keras pengurus Chelsea, Jose Mourinho di tepi garisan padang ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

"Terlalu banyak kepentingan diberikan kepada cerita ini tapi saya seharusnya tidak bersikap sebegitu.

"Saya sentiasa menyesal dengan apa-apa perbuatan berunsur keganasan dan memohon maaf," kata pengurus Arsenal itu kepada saluran French TV, hari ini.

Wenger secara kasar menolak Mourinho di dada pada pertengahan babak pertama selepas berlaku satu adegan perang mulut sesama mereka dalam perlawanan yang dimenangi Chelsea 2-0 pada 5 Oktober lalu.

Mourinho yang juga bercakap kepada TF1 berkata: "Saya tidak akan berkata apa-apa lagi. Saya tidak ada perkataan mahu menghuraikan apa yang dilihat semua orang dalam rakaman insiden berkenaan."

Terdahulu, Wenger berkata dia tidak perlu meminta maaf atas perbuatannya. - Reuters

No comments:

Post a Comment