Search This Blog

HOME

Tuesday, April 8, 2014

2PM & 2NE1 Sertai Program 'Running Man'


Berita baik buat peminat kumpulan K-Pop iaitu 2PM dan 2NE1 apabila mereka dilaporkan bakal muncul sebagai tetamu istimewa program popular Running Man.

Portal Soompi melaporkan kedua-dua kumpulan tersebut sudah pun menjalani penggambaran episod istimewa itu pada 7 April lalu bersama-sama peserta lain seperti Yoon Jong Shin, Jo Jung Chi dan Muzie.

Kesemua mereka dilaporkan telah menjalani penggambaran di daerah Sangam-dong di Korea Selatan namun belum dipastikan bilakah tarikh episod istimewa itu akan disiarkan.

Pada rakaman tersebut, peminat kumpulan K-Pop itu memenuhi kawasan penggambaran bagi melihat lebih dekat artis kesayangan mereka.


Sumber - mStar

No comments:

Post a Comment