Search This Blog

HOME

Tuesday, April 8, 2014

MH370: Ocean Shield kesan dua isyarat baharu.

Ocean Shield sedang berjaya mengesan dua isyarat pinger  

PERTH: Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield mengesan dua isyarat pinger terbaru semalam di kawasan pencarian pesawat MH370, menjadikan empat isyarat audio dikesan setakat ini.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston, berkata kedua-dua isyarat itu dikesan pada jam 4.27 petang dan 10.17 malam (waktu tempatan).


Beliau berkata isyarat pertama yang dikesan bertahan selama lima minit dan 32 saat manakala isyarat kedua bertahan selama tujuh minit.

“Berdasarkan analisis pihak kami data yang diperoleh adalah sangat stabil pada frekuensi 33.331 kHz dan berdenyut secara konsisten dalam tempoh 1.106 saat,” katanya pada sidang media di Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di sini, hari ini.


Sumber - Berita Harian

No comments:

Post a Comment