Search This Blog

HOME

Thursday, July 10, 2014

6 maut termasuk 4 kanak-kanak dalam kejadian tembakan.

Pihak polis terpaksa menggunakan kenderaan perisai untuk menghalang kenderaan suspek

SPRING (Texas): Seorang lelaki yang terbabit dalam pergaduhan rumah tangga melepaskan tembakan di rumahnya di pinggir Houston petang semalam, mengorbankan enam orang, empat daripada mereka kanak-kanak dan mencederakan seorang wanita.

Pejabat Sherif County Harris, dalam kenyataan bertulis menyatakan pihak polis dipanggil ke rumah berkenaan pada kira-kira jam 6 petang dan menjumpai mayat dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak. Seorang lagi kanak-kanak meninggal dunia kemudian di hospital.

“Maklumat yang diterima daripada saksi menunjukkan ia kelihatan seperti isu rumah tangga,” kata Timbalan Ketua Konstabel, Mark Herman daripada Pejabat Konstabel Precint 4.

Pihak berkuasa tidak mengeluarkan identiti mangsa dan tidak menyatakan kaitan antara mereka dan dengan suspek.

Wanita yang masih hidup mengenal pasti penembak terbabit dan memaklumkan kepada polis.

Pihak polis menggunakan kenderaan perisai untuk menghalang kereta suspek dan soal siasat dengannya berterusan hari ini.


Sarjan Thomas Gilliland berkata lelaki itu berusia dalam linkungan 30-an dan mempunyai jambang dan ‘orangnya kelihatan amat tenang’. Ketika dihampiri polis, dia hanya duduk di dalam keretanya dan melihat ke arah kami,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment