Search This Blog

HOME

Wednesday, July 23, 2014

VIDEO: Cool… Pemuzik Main Lagu Raya Untuk Penumpang LRT


Di saat Aidilfitri sudah semakin hampir, lagu raya yang berkumandang dapat mengubah mood menjadi gembira dan syahdu pada masa sama.

Itulah yang dirasai penumpang LRT apabila sekumpulan anak muda yang membawa alatan muzik memainkan lagu raya dalam satu perjalanan secara spontan.

Pada mulanya hanya mamat yang membawa biola memainkan instrumen tersebut namun lama kelamaan, rakan-rakannya yang lain ikut serta hingga keadaan menjadi meriah.

Dapat dilihat dendangan muzik lagu raya ini mengubah wajah sesetengah penumpang menjadi syahdu dan ceria meskipun ada yang terpaksa berdiri kerana tidak mendapat tempat duduk.

Dalam hati, tentu penumpang LRT di gerabak tersebut berterima kasih pada ahli-ahli muzik ini yang telah menghiburkan mereka tanpa bayaran pada hari tersebut.

Jom lihat telatah mereka..........



Sumber - MyNewsHub

No comments:

Post a Comment