Search This Blog

HOME

Thursday, July 10, 2014

TERKINI - Gaza: Israel tingkat serangan udara, angka korban cecah 85 orang (25 Gambar)

Seorang wanita membawa anaknya yang cedera ke hospital al-Najar di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Israel meningkatkan serangan udara di Semenanjung Gaza hari ini ketika pihak Palestin menyatakan angka korban serangan tiga hari itu kini mencecah sekurang-kurangnya 85 orang.

Sistem pertahanan peluru berpandu Israel juga memintas beberapa roket yang ditembak pejuang Hamas.

Jurucakap tentera, Lt Kol Peter Lerner, berkata Israel membedil lebih 320 sasaran Hamas semalaman dengan menumpukan ke pada jaringan terowong dan tapak pelancaran roket.

Secara keseluruhan, pihak tentera Israel membedil 750 sasaran sejak serangan udara itu bermula kelmarin.

Israel juga mengerah 20,000 askar simpanan untuk kemungkinan serangan darat ke atas Gaza tetapi tumpuan kini untuk memaksimumkan serangan udara.

Kedua-dua pihak tidak menunjukkan tanda-tanda mengendurkan pertempuran terburuk sejak akhir 2012.

Israel menegaskan Hamas perlu menghentikan tembakan roket dari Gaza untuk ia menimbang sebarang gencatan senjata.

Lihat gambar-gambar terkini dibawah :

Penduduk Palestin mengutip cebisan mayat pemandu pada kereta yang dibedil oleh serangan udara Israel di Gaza. - Foto AF

Kepulan asap dan api marak kelihatan di udara susulan serangan udara Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, hari ini. Serangan udara Israel menggegarkan Gaza setiap beberapa minit, hari ini sambil kumpulan pejuang berterusan melancarkan serangan terhadap kawasan tengah Israel. - Foto Reuters

Seorang kanak-kanak Palestin cedera dirawat dengan pegawai perubatan di hospital al-Najar di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza akibat serangan bedilan udara Israel di Gaza. - Foto AF

Api marak membakar bangunan di Semenanjung Gaza akibat bedilan tentera udara Israel. - Foto AF

Sistem pertahanan udara Besi Dome dilancar untuk memintas roket dari Semenanjung Gaza di Tel Aviv, Israel - Foto AP

Asap bersama debu berkepul ke udara selepas bedilan serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza. - Foto AF

Penduduk Palestin membawa jenazah tujuh mangsa terkorban dalam serangan semasa pengebumian mereka di kem pelarian Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AP

Kanak-Kanak turut menyertai demonstrasi membantah serangan udara terhadap penduduk Palestin di dataran Sant Jaume, Barcelona, hari ini. Pesawat perang Israel membedil Gaza hari ini, mengorbankan kira-kira 30 orang dalam konfrontasi terbaru antara tentera Israel dan pejuang Palestin. - Foto AFP

Seorang anggota polis Israel memeriksa sebuah bangunan di Kibbutz berhampiran sempadan Semenanjung Gaza, yang musnah selepas dibedil ketika serangan roket dari Gaza. - Foto AFP

Seorang wanita membawa anaknya yang cedera ke hospital al-Najar di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Penduduk mengangkat mayat seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel terhadap kediaman keluarganya di Bandar Gaza. - Foto Reuters

Kepulan asap keluar daripada beberapa bangunan susulan serangan udara Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Kepulan asap kelihatan dari beberapa bangunan susulan serangan udara Israel di Bandar Gaza. - Foto AFP

Letupan bom menggegarkan kawasan Bandaraya Gaza susulan serangan udara yang dilancarkan pihak Israel. - Foto AFP

Percikan api memerangi seluruh Bandaraya Gaza selepas pihak Israel melancarkan serangan udara. - Foto AFP

Sekumpulan penduduk Palestin mengangkat pintu dari sebuah rumah yang terkena bedilan serangan udara di tengah Semenanjung Gaza. - Foto Reuters

Seorang wanita Palestin berkabung ketika upacara pengebumian Komander Kanan Jihad Islam, Hafez Hammad dan lima ahli keluarganya termasuk dua wanita serta dua kanak-kanak yang terbunuh apabila peluru berpandu Israel membedil kediaman mereka di Beit Hanun, utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Penduduk mengangkat mayat seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel terhadap kediaman keluarganya di Bandaraya Gaza. - Foto Reuters

Asap bersama debu berkepul ke udara selepas bedilan serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza yang dapat dilihat dari Sempadan Israel-Gaza. - Foto AP

Asap dan api yang menjulang ke langit dapat dilihat berikutan serangan udara Israel di Rafah dekat selatan Gaza. - Foto Reuters

Penduduk Palestin lari menyelamatkan diri dari serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS

Keadaan bangunan perumahan penduduk yang musnah dalam serangan udara Israel, dilihat di utara Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS

Penduduk Palestin berkumpul dan melihat pasukan penyelamat cuba memadamkan kebakaran berhampiran bangunan rumah yang runtuh dan terbakar akibat serangan udara Israel. - Foto REUTERS

Penduduk Palestin memeriksa bangkai sebuah kereta yang didakwa polis dibedil oleh serangan udara Israel di Gaza. - Foto REUTERS
Sumber - AP

No comments:

Post a Comment