Search This Blog

HOME

Friday, November 21, 2014

Bapa Setan, Latih Anak Perempuan Telan 104 Kapsul Dadah.


BOGOTA (Colombia): Seorang bapa ditahan polis pada Jumaat selepas menjadikan anak perempuannya sebagai keldai dadah dengan menelan 104 kapsul berisi kokain.


Tindakan lelaki itu menjadikan anaknya sebagai penyeludup dadah terbongkar apabila kanak-kanak berusia 11 tahun itu dimasukkan ke wad akibat sakit perut.

Suspek, Fernando Mancilla Aguilar bagaimanapun berjaya ditahan dan bakal berdepan dakwaan cubaan membunuh dan penyeludup dadah.

Dia ditahan di bandar Cali yang terletak di barat Colombia selepas polis menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$9,000 kepada individu yang berjaya menangkap suspek.

Kapsul kokain ketika berada di dalam usus.
Pada Minggu lalu, kanak-kanak terbabit mengadu mengalami kesakitan selepas pulang ke rumah ibunya sebaik sahaja menemui suspek.

Pemeriksaan doktor kemudian menemui kira-kira 500-600 gram kokain di dalam usus mangsa.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, kanak-kanak terbabit bakal diterbangkan ke Eropah - mungkin ke Sepanyol dengan membawa kapsul berkenaan.

Sebagai rekod, selain Peru, Colombia merupakan negara pengeluar kokain yang terbesar di dunia.


Sumber - mStar Online

No comments:

Post a Comment