Search This Blog

HOME

Friday, November 21, 2014

Bila Pembohong Sudah Bercakap ini katanya, “Myanmar dakwa penyeksaan Rohingya rekaan media.”



YANGON: Presiden Myanmar, Thein Sein, menafikan bahawa kumpulan minoriti Islam Rohingya melarikan diri daripada "penyeksaan" di barat Rakhine dengan memberitahu Voice of America Burmese Service bahawa laporan media berkenaan adalah rekaan.

Menurut Arakan Project yang memantau migrasi merentasi Teluk Benggala, kira-kira 100,000 orang Rohingya sudah meninggalkan Rakhine sejak 2012.

Pertempuran ganas dengan etnik Buddha Rakhine pada tahun itu menyebabkan ratusan orang terbunuh dan 140,000 lagi kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya Rohingya.


Sebilangan orang Rohingya, seperti dilaporkan Reuters tahun lalu, ditahan oleh kumpulan penyeludup di kem di kawasan hutan Thailand sehingga keluarga mereka membayar wang tebusan.

No comments:

Post a Comment