Search This Blog

HOME

Friday, November 21, 2014

Berita Terkini - Culik isteri ahli perniagaan, tiga lelaki ke tali gantung


Melaka: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, atas kesalahan menculik isteri seorang ahli perniagaan dan meminta wang tebusan RM300,000 daripada suaminya pada Disember 2009.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Koh Chun Sen, 43, dari Bukit Godek, Semabok; Lee Hee Wee, 42, dari Kuala Sungai Baru dan Sahri Tahe, 29, didakwa dengan niat menahan Goh Geok Hua, 35.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Kuala Damai, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, kira-kira jam 10 pagi pada 24 Disember 2009 dengan niat meminta wang tebusan daripada suami mangsa, Ng Guan Giat, 34.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Hukuman diputuskan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.


Sumber - Harian Metro

No comments:

Post a Comment