Search This Blog

HOME

Wednesday, November 19, 2014

Pemimpin DAP tak tahu beza Hari Kebangsaan?


KUALA LUMPUR 19 Nov. – Pemimpin DAP walaupun bergelar Ahli Parlimen rupa-rupanya masih tidak mampu membezakan yang mana satu sambutan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan dan apa bezanya pula dengan Hari Malaysia.


Senario memalukan itu berlaku apabila Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mahu kerajaan memberi lebih tumpuan kepada Hari Malaysia yang disebutnya Hari Kebangsaan, berbanding sambutan Hari Kemerdekaan kononnya demi perpaduan di seluruh negara.

Malah, beliau juga memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP dalam soal menghormati sejarah dan menghargai kemerdekaan Malaysia apabila mendakwa kemerdekaan negara disambut pada 30 Ogos setiap tahun, sedangkan tarikh sebenar 31 Ogos.

Pada satu ketika, pemimpin DAP itu juga cuba mempolitikkan isu kos sambutan Hari Kemerdekaan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal berkuat kuasa pada April 2015 nanti walaupun tidak relevan.

Sikap itu menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil menempelak beliau sebagai masih keliru dalam persoalan sejarah.

“Yang Berhormat nampaknya tak faham dan tak dapat membezakan antara Hari Kebangsaan dengan Hari Malaysia. Saya sedih kerana masih ada yang keliru dan tidak dapat membezakannya,” kata beliau sewaktu sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menyentuh mengenai isu kos sambutan Hari Kemerdekaan dengan GST, Ahmad Shabery berkata, pelaksanaan sistem percukaian baharu tersebut tidak memberi kesan kepada sambutan pada masa akan datang kerana kerajaan menerima pelbagai tajaan.

Menurutnya, pada sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM17 juta iaitu pengurangan RM3 juta berbanding 2013, selain turut menerima tajaan bernilai RM10 juta daripada pelbagai pihak.


Sumber - Utusan Online

No comments:

Post a Comment