Search This Blog

HOME

Tuesday, July 2, 2013

Benjy Didakwa Lagi Miliki Dadah.

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy (kiri) bersama lima rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram syabu, minggu lalu. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Julai - Pelakon era 1990-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, minggu lalu.

Selain Benjy, 34, turut didakwa atas tuduhan sama ialah dua peniaga, Zain Amir Zainal Khairi, 37; dan Imran Radzi Ibrahim, 32, pasangan suami isteri, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta pekerja binaan, Afifi Hamidi, 27.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman melainkan Zain Amir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki satu beg kecil berzip yang mengandungi 4.7 gram syabu di rumah bernombor C-2-2 Oakleaf Park Kondo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Hulu Kelang, kira-kira pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama (Pindaan 2007) yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Ayuni Izzaty membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu ketika polis melakukan serbuan disebuah rumah. 

No comments:

Post a Comment