Search This Blog

HOME

Thursday, July 4, 2013

Konsert Metallica di Kuala Lumput 21 Ogos ini.


KUALA LUMPUR 4 Jun - Kumpulan thrash metal legenda dari Amerika Syarikat, Metallica mengesahkan akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia iaitu di Stadium Merdeka, di sini pada 21 Ogos ini.

Pengumuman mengenai tarikh konsert itu diumumkan menerusi laman web rasmi Metallica iaitu www.metallica.com baru-baru ini.

Sebelum ini Metallica yang dianggotai oleh James Hetfields (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich (dram), Kirk Hammett (gitaris) dan Rob Trujillo (bassis) dikatakan akan mengadakan konsert di Malaysia tetapi tiada pihak yang mengesahkannya.

Selepas berkunjung ke Kuala Lumpur, Metallica yang terkenal dengan album seperti Masters of Puppets, Kill'em, Ride The Lightning dan And Justice For All, akan mengadakan konsert di Singapura pada 24 Ogos ini

No comments:

Post a Comment