Search This Blog

HOME

Thursday, July 4, 2013

Biar Betul.......Ketua Samseng Hanya Didenda 64 Sen, Penjara 4 Bulan.


Jakarta: Ketua samseng yang pernah menguasai Tanah Abang, Hercules Rozario Marshal, bakal bebas seminggu lagi selepas dihukum penjara selama empat bulan dan denda 64 sen kerana menghasut rusuhan antipolis di Kembangan, Jakarta Barat.

Mahkamah Daerah Jakarta Barat membuat penghakiman itu, semalam.

Keputusan itu mengejutkan polis yang sebelum ini mengkritik pendakwa kerana mencadangkan hukuman penjara enam bulan saja untuk kesalahan yang menyediakan hukuman maksimum sembilan tahun.

Hakim Kemal Tampubolon berkata, defendan disabitkan kesalahan mengugut untuk mencederakan anggota keselamatan. Rakan Hercules, M Sidik yang juga bekas pemimpin Forum Komunikasi Betawi (Forkabi) turut dikenakan hukuman sama. Hercules mengetuai rusuhan di Kembangan dengan merosakkan tingkap kedai sebagai membantah arahan polis membubarkan kumpulan samsengnya yang berselindung di sebalik nama Gerakan Rakyat Indonesia Baru.

Pertubuhan itu didakwa mempunyai kaitan dengan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) pimpinan bakal calon presiden, Prabowo Subianto.

Pertubuhan Hercules menjadi sasaran polis selepas mereka dipercayai aktif dalam kegiatan memeras ugut penduduk setempat serta memungut wang perlindungan daripada peniaga. Hercules ditahan sejak hampir empat bulan lalu dan pelaksanaan hukuman penjara ke atasnya dijangka tamat minggu depan.

No comments:

Post a Comment