Search This Blog

HOME

Tuesday, July 9, 2013

Berita Baik Untuk Wanita - Seluar Dalam Anti Rogol Dicipta di India.



Untuk mengurang atau mencegah berlakunya kejadian jenayah sek dikalangan wanita di India, sekumpulan pelajar kejuruteraan disebuah universiti di India telah mencipta sesuatu yang dipanggil ‘Seluar Dalam Anti Rogol’.


Prototaip GPS dan papan litar kejutan
Seluar dalam anti rogol tersebut akan memberikan kejutan elektrik terhadap perogol-perogol dan seterusnya akan menghantar maklumat dimana tempat berlakunya kejadian tersebut melalui GPS kepada pihak polis.

Seluar dalam elektrik tersebut dicipta oleh sekumpulan pelajar kejuruteraan di Sri Ramaswamy Memorial University in Chennai, India, iaitu Manisha Mohan, Rimpi Tripathi dan Neeladri Basu Pal.

Seluar dalam yang dilengkapi dengan GPS (global positioning system) dan GSM (global system for mobile communications) serta sensor tekanan itu boleh memberikan kejutan terhadap perogol tersebut dengan kekuatan 3,800 KV.

No comments:

Post a Comment