Search This Blog

HOME

Thursday, July 4, 2013

Paparazzi Bengang Ditendang Justin Bieber.

 


KES ini bukanlah baru sebenarnya, sebaliknya ia sudah berlaku pada tahun lalu dan mangsa telah membuka semula kes ini di mahkamah.

Kes ini berlaku di Los Angeles melibatkan penyanyi Justin Bieber yang telah menendang perut seorang paparazzi bernama Jose Osmin Hernandez.

Menurut laporan portal hiburan TMZ, kedua-duanya telah berada di mahkamah untuk proses pendakwaan dan pembelaan.


Dalam proses pembelaan, Bieber telah menyatakan bahawa dia berasa sangat tertekan dengan tindakan paparazzi yang mengelilinginya ketika bersama dengan kekasihnya ketika itu, Selena Gomez.

Dalam pada itu, Jose telah memberitahu bahawa Bieber telah menendang perutnya beberapa kali selepas keluar dari kenderaannya.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas kejadian itu berlaku, Gomez yang turut bersama Bieber ketika itu sempat meminta maaf atas kejadian yang berlaku.



No comments:

Post a Comment