Search This Blog

HOME

Wednesday, December 24, 2014

Air cecah tingkat 3, 500 mangsa di SMK Manek Urai dalam bahaya.

Seramai 500 mangsa banjir berada didalam keadaan bahaya apabila air telah menjejaki tingkat 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai.
KUALA KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.

"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.


Sumber - BH Online

No comments:

Post a Comment