Search This Blog

HOME

Tuesday, December 16, 2014

Kalimah Allah: Polis siasat kenyataan Lim Guan Eng ikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.


GEORGETOWN 17 Dis. - Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan
keamanan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan memanggil beberapa pihak lagi bagi membantu siasatan kes itu.

Polis Pulau Pinang menerima sembilan laporan daripada pelbagai pihak berhubung kenyataan Guan Eng yang dilapor membenarkan orang bukan Islam di negeri ini menggunakan kalimah Allah, katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sehari Polis Kontinjen Pulau Pinang Bersama Masyarakat di sini, hari ini.

Jumaat lepas, beberapa portal melaporkan kenyataan Guan Eng yang membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Guan Eng juga dilapor berkata, larangan penggunaan kalimah Allah, yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.


Sumber - BERNAMA.

No comments:

Post a Comment