Search This Blog

HOME

Sunday, December 28, 2014

Idea Yang Bernas Daripada Seorang Menteri - Beg Tidur, Power Bank Perlu Dimasuk Dalam SOP.


KEMAMAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menambah beg tidur dan power bank dalam bekalan bantuan kepada mangsa banjir pada masa akan datang.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kedua-dua barangan itu perlu dimasukkan dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sebahagian daripada pengurusan bencana alam seperti banjir.


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
"Ada dua perkara yang saya cuba di sini (Kemaman) ternyata berkesan, pertama beg tidur kerana ia lebih praktikal dan boleh menjadi tikar serta selimut dan memudahkan proses penghantaran menggunakan lori sehingga boleh memuatkan kira-kira 1,000 beg tidur dalam satu-satu masa.
  
"Kalau kita hantar tilam sudah semestinya ia memakan ruang dan proses penghantaran juga menjadi terhad," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga anggota polis yang menjadi mangsa banjir di kuarters polis, Bukit Mentok, di sini.
  
Ahmad Shabery berkata power bank pula amat penting untuk mengecas bateri telefon bimbit ketika terputusnya bekalan elektrik atau berlaku bencana alam seperti banjir.

Terbaik Datuk Seri, walaupun idea ini nampak mudah namun tiada siapa yang hendak memikirkannya.

No comments:

Post a Comment