Search This Blog

HOME

Saturday, December 20, 2014

Muhammad Ali masuk hospital kerana radang paru-paru


LOUISVILLE (Kentucky): Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dimasukkan ke hospital semalam akibat penyakit radang paru-paru.
Jurucakap Muhammad Ali, Bob Gunnell, berkata lagenda tinju berusia 72 tahun itu sedang dirawat oleh sepasukan doktor dan kini berada dalam keadaan stabil.

Gunnell berkata, radang paru-paru yang dialami Ali berada dalam keadaan terkawal kerana berjaya dikesan pada peringkat awal dan beliau dijangka berehat untuk beberapa hari di hospital.


Sebelum ini, Ali dilaporkan menghidap penyakit Parkinson.

Beliau muncul di khalayak ramai pada September lalu untuk menghadiri satu majlis di kampung halamannya di Louisville sempena Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali. - AP

No comments:

Post a Comment