Search This Blog

HOME

Sunday, December 21, 2014

Piala AFF Suzuki: Penonton ditahan pakai selempang menghina Polis, bawa suar dan buku lima.


KUALA LUMPUR: Dah berbuih pihak Polis beri nasihat barang larangan yang menyalahi undang-undang tidak boleh dibawa memasuki stadium, tapi masih ada lagi yang keras kepala dan akibatnya mereka ditahan, bayangkan apabila pihak polis berjaya membuktikan kesalahan tersebut mereka akan didakwa, jika lepas ‘selamat’ jika sangkut dah tentu-tentu duit akan keluar untuk membayar denda kalau dipenjara macamana?.

Semalam pihak Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, kedua-dua lelaki itu didapati membawa suar dan besi buku lima yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Mereka juga ditahan kerana memakai selempang yang tertera ungkapan menghina pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata, ungkapan berkenaan sangat mengaibkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyan 509 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment