Search This Blog

HOME

Tuesday, March 4, 2014

9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina!

Saturn V antara roket terbesar pernah dibina

Roket bukan hanya digunakan untuk tujuan ketenteraan tetapi juga untuk kegunaan sains, komunikasi dan juga digunakan oleh manusia untuk mendarat di Bulan. Perkembangan teknologi di seluruh dunia berbeza-beza, begitu juga saiz roket.

Dan tahukah anda 9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina manusia!? Jom baca..

Falcon 9

Falcon 9 telah dilancarkan pada 23 Mei 2012 untuk membawa kapsul berisi muatan makanan. Roket ini adalah sepanjang 54 meter dan tanpa juruterbang. Ia dimiliki oleh Space X, syarikat yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk. Beliau merupakan salah seorang pengasas Paypal.

H-IIB

H-IIB adalah roket yang menggunakan bahan bakar cair. Roket ini adalah buatan Jepun yang dilengkapi dengan sistem peluncuran utama, H-II Transfer Vehicle (HTV) yang dihubungkan dengan Stesen Luar Angkasa Antarabangsa (ISS). Roket ini adalah sepanjang 56 meter.

Space Shuttle

Roket ini dimiliki oleh Amerika Syarikat dan boleh dikendalikan oleh 7 orang anak kapal. Dengan panjang 184 kaki, roket ini merupakan sebuah pesawat angkasa ulang-alik yang digunakan untuk menghantar kargo ke angkasa lepas.

Ariane 5

Pada Jun 1996, roket sepanjang 193 kaki ini telah gagal dalam ujian selepas mengalami kerosakan pada perisian utamanya selepas 37 saat dilancarkan ke udara.

Atlas V

Roket milik Amerika Syarikat yang dikhaskan untuk membawa muatan berat ke orbit. Roket sepanjang 195 kaki ini mampu membawa bebanan sehingga 333,298 kilogram.

Delta IV

Sepanjang 206 meter, roket ini dibina untuk kegunaan pihak tentera dan juga komersial.

Ares-1

Walaupun roket ini masih lagi dalam proses pembinaan, Ares-1, yang sepanjang 310 meter ini bakal menjadi roket paling canggih yang pernah dibina manusia untuk meneroka ruang angkasa lepas dan menghantar manusia ke bulan.

N-1

Roket dengan keupayaan tinggi dan merupakan roket terbesar di dunia yang dibina oleh Rusia untuk membawa manusia ke bulan. Malangnya, roket ini telah musnah sewaktu ujian penerbangan. Panjang roket ini adalah sekitar 344.5 meter.

Saturn V

Merupakan roket paling besar di dunia dan memiliki keupayaan paling tinggi yang pernah dibangunkan dalam sejarah peradaban manusia. Ia adalah satu-satunya roket yang mampu membawa manusia mendarat di Bulan. Saturn V, sepanjang hampir 363 meter menyamai ketinggian sebuah bangunan 40 tingkat.

No comments:

Post a Comment