Search This Blog

HOME

Sunday, March 16, 2014

Amerika dan barua-baruanya sudah mula memalukan Agama Islam dan Malaysia.

Keratan akhbar Utusan Malaysia 17 Mac 2014, muka surat 7

Pihak keselamatan Britain memberi petunjuk baharu kemungkinan pesawat MH370 dirampas oleh kumpulan pelampau Islam yang mahu meniru gaya serangan kumpulan militan Al-Qaeda keatas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001.

Maklumat itu yang dianggap ‘sahih’ dimaklumkan oleh seorang pengganas Britain, Saajid Badat yang disabitkan dengan kesalahan terlibat dalam aktiviti keganasan.

“Saajid mendakwa, dia pernah bertemu beberapa orang anggota kumpulan pelampau dari Malaysia, termasuk seorang juruterbang (Malaysia) di Afghanistan dan memberi mereka sebutir bom kasut untuk merampas pesawat,” kata sumber itu kepada portal berita The Telegraph.

Kalau betul maklumat ini telah diterima oleh pihak berkuasa Britain, kenapa mereka tidak menyalurkannya kepada pihak berkuasa Malaysia?, apa tujuan dan agenda mereka? Fikir-fikirkanlah. 

No comments:

Post a Comment