Search This Blog

HOME

Wednesday, March 19, 2014

Bintang ‘Walk Of Fame’ selebriti dunia atau manusia yang terkenal dilekat di kaki lima tetapi tidak kepada bintang Muhammad Ali

Muhammad Ali legenda tinju dunia

Kebanyakan dari kita tahu Muhammad Ali sebagai peninju juara dunia, tetapi kurang tahu bahawa beliau juga merupakan seorang aktivis sosial, dan menjadi subjek didalam penerbitan banyak buku dan filem, malah, nilai-nilai kebebasan agama, kaum keadilan, dan kenyataan kontroversi beliau membuatkan pihak NSA Amerika Syarikat memantau komunikasi beliau, dan keengganan beliau untuk berjuang di Vietnam menyebabkan dia ditangkap dan dipenjarakan dan dilucutkan dari gelaran juara dunia.


 


Pada tahun 2002, berikutan pengumuman untuk menerbitkan sebuah filem yang mengisahkan beliau, pihak ‘Walk of Fame’ telah memecah tradisi apabila bintang beliau telah dipasang atau dilekatkan di dinding tidak seperti kebiasaannya apabila ramai bintang-bintang filem ternama di dunia mahupun penyanyi, bintang mereka dilekatkan atau disimen di ruangan pejalan kaki, lihat contoh dibawah.









Bintang Muhammad Ali telah dilekatkan di dinding kompleks Kodak Theatre ini dilakukan apabila Muhammad Ali didalam kenyataannya telah berkata bahawa beliau tidak mahu bintang beliau akan dipijak oleh orangramai yang melalui jalan tersebut seperti tidak menghormati beliau.

No comments:

Post a Comment