Search This Blog

HOME

Monday, May 20, 2013

Hotel Ini Berkonsepkan Patuh Syariah.


 


Menginap di hotel bertaraf bintang sememangnya satu pengalaman yang cukup seronok. Dengan suasana yang agak selesa, tidak hairanlah satu malam sahaja memakan kos ratusan ringgit. Harga juga bergantung kepada apa yang ditawarkan di hotel tersebut. Namun pernahkah anda menginap di hotel yang bercirikan patuh syariah? Hotel ini dikatakan menyediakan segala benda yang bercirikan islamik seperti penyediaan sejadah, al-quran, dan lain-lain lagi.

Pernah tak anda menginap di kamar hotel yang lengkap dengan sejadah, telekung, kain sarung, Al-Quran hingga ke peringkat diberi peluang menikmati air zam-zam secara percuma oleh pihak pengurusannya?


Pernah tak apabila anda menatap sahaja muka anda di cermin hotel, anda terlebih dahulu akan melihat ‘Doa Melihat Cermin’ yang ditampal di satu sudut cermin tersebut.


Begitu juga ketika anda hendak meletakkan kepala di bantal, pernah tak anda ‘terpaksa’ mengalihkan dahulu sekeping kertas yang mengandungi tazkirah (peringatan) mengulas beberapa potong ayat al-Quran…dan sebelum menutup butang lampu, anda diperlihatkan dengan ‘doa sebelum tidur’ yang dilekatkan di sebelahnya?.



Malah lebih dari itu, pernah tak anda menghadiri seminar di bilik mesyuarat hotel yang lengkap dengan kurma, tamar…termasuk kayu sugi untuk kebersihan mulut?.



Oh sebelum terlupa, pernah tak anda merasai suasana persekitaran lobi yang mendamaikan bercirikan Islam?.


Pernah tak anda menginap di hotel yang laluan dari lif hingga ke bilik dihiasi dengan bingkai ayat-ayat suci dan alunan Al-Quran?

Akhir sekali, pernah tak anda pergi ke mana-mana lobi hotel yang bila masuk saja waktu solat, kita akan mendengar laungan azan berkumandang seolah-olah memenuhi ruang lobi itu?



Mungkin anda beranggapan kalau ada pun, hotel sebegitu hanya terdapat di negara timur tengah.
Kalau itu tanggapannya, anda silap!...........

Hotel De Palma Ampang sebenarnya ada semua perkara yang dinyatakan di atas termasuk telah mengkhususkan salah satu tingkat khusus untuk orang Islam yang inginkan suasana penginapan yang menepati konsep Syariah.

Hotel berkenaan juga mempunyai surau yang cukup selesa dan dilengkapi dengan Imam sepenuh masa untuk mengetuai solat termasuk solat Jumaat dengan jemaah  mencecah 1,800-2,000 orang setiap minggu.

Semua kakitangan wanita Islam juga memakai yang menutup aurat, di samping kelas-kelas agama untuk para tetamu dan kakitangannya.

Langkah baru dan inovatif ini telah mendapat  pengiktirafan dari dalam dan luar negara.




No comments:

Post a Comment