Search This Blog

HOME

Wednesday, May 22, 2013

Wajah Manusia Pada Batang Pokok?.


Kemunculan wajah persis manusia di pokok bukanlah satu perkara yang baru, kerana sebelum ini juga pernah digemparkan wajah manusia di batang pisang. Namun ia bukanlah sering kita dengari.

Terbaru wajah manusia dikesan pada sebatang pokok dan ia hanya disedari apabila pokok tersebut ditebang.

Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

“Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya,” katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat ‘wajah’ itu.

“Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu,” katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

“Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik,” kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

No comments:

Post a Comment