Search This Blog

HOME

Sunday, May 19, 2013

Imej Wanita Seram Pada Batang Pokok.


Gempar di Kedah khususnya bagi penduduk di kampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang Kedah. Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah mirip seorang wanita yang muncul pada sebatang pokok pelik jenis akasia di taman itu.

Menurut seorang penduduk disitu 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan seorang perempuan dari pokok akasia ini. Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku pada batang pokok pelik ini. 


Penemuan misteri ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat wajah manusia tersebut. Namun ada pula didakwa melakukan pemujaan di perdu pokok untuk niat tertentu.

Mungkin hanya kebetulan batang pokok pelik itu mempunyai wajah iras-iras seorang wanita. Nak tengok tak salah. Tapi yang salah kalau kita dah mula percaya yang bukan-bukan. Ya Allah, jauhilah dan peliharalah diri kami dari dosa syirik yang amat besar dosanya. Amin.



No comments:

Post a Comment