Search This Blog

HOME

Saturday, May 18, 2013

Luar Biasa! Arnab Paling Berat Di Dunia.

 

Ini bukan anjing, mahupun anjing laut. Tetapi ia merupakan seekor arnab yang dipercayai antara terberat di dunia. Arnab yang diberi nama Ralph ini, dikatakan mempunyai berat melampau gara-gara pemakanannnya yang luar biasa. Sungguh unik dan luar biasa. Seperti manusia pula kan, makan banyak badan akan menjadi gemuk.


London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.

Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.

Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

No comments:

Post a Comment