Search This Blog

HOME

Saturday, May 18, 2013

Wanita Ini Melihat Dunia Dalam Keadaan Terbalik.


Sekiranya surat khabar yang kita lihat dalam keadaan terbalik, kita sendiri akan menterbalikkan semula, samala juga seperti televisyen, jika ia dalam posisi yang yang tidak menegak, ia akan menyukarkan kita untuk menontonnya. Tetapi tidak kepada wanita ini, apabila dipercayai mempunyai gaya hidup yang pelik. Gaya hidup yang dimaksudkan di sini adalah, penglihatannya lebih suka melihat dalam keadaan terbalik seperti menonton tv dan membaca surat khabar dalam keadaan sebaliknya.

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan, bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas, sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga, kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik.

No comments:

Post a Comment