Search This Blog

HOME

Wednesday, May 22, 2013

Pelik! Nanas Berbentuk Kipas Tangan.


Penemuan buah-buahan pelik sering kita dengar terutamanya tentang pokok pisang. Pelbagai kisah unik antaranya seperti pisang berbuah dua kali, pokok pisang berdarah dan lain-lain lagi. Namun kali ini ia adalah penemuan buah nanas yang dilihat berbentuk seperti kipas tangan. Dari sudut pandangnya, ia memang pelik kerana berbeza dari apa yang kita lihat sebelum ini.

Seorang pemuda terkejut apabila nanas yang ditanam di halaman rumahnya di kampung Parit Kerimon, di sini berbentuk seakan-akan kipas tangan. Aziz Wahad, 32, mula menyedari kewujudan nanas tersebut ketika pulang dari kerja petang kelmarin. Dia pada mulanya menyangka terdapat dua pokok nanas yang berbuah terlalu dekat, namun setelah didekati nyata sangkaannya itu meleset.

“Saya terus ke pokok nanas tersebut, alangkah terkejutnya selepas mendapati buah nanas itu leper tidak seperti nenas lain.

“Saya segera mengambil parang dan memotong nanas tersebut, dan mendapati ia berbentuk seakan kipas tangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Kerimon, di sini, semalam.

Menurutnya, dia segera memberitahu penemuan nenas yang disifatkan berbentuk pelik ini kepada kakak dan ibunya.

“Mereka turut memberitahu tidak pernah melihat nanas seumpama ini dan menyifatkan kejadian itu adalah kali pertama,

“Saya juga turut menceritakan penemuan ini kepada penduduk kampung dan mereka turut terkejut selain menyatakan ia adalah penemuan kali pertama,” katanya.

Katanya, nanas pelik itu bukanlah dari di kacukan sebaliknya hanya nanas biasa yang ditanam dan dibiarkan membesar.

“Nanas ini bukan dari benih kacukan tetapi nanas biasa atau nanas kampung yang biasanya ditanam di kawasan halaman rumah,” katanya.

Dia yang bekerja kampung berkata, akan menyimpan nanas tersebut sebagai kenangan kerana nanas tersebut begitu istimewa baginya.

No comments:

Post a Comment