Search This Blog

HOME

Thursday, February 13, 2014

Akhirnya Almy disunting Fizz Fairuz 30 Mei ini

Fizz Fairuz dan bakal isteri Almy Nadia

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Setelah beberapa kali putus cinta dan berbaik semula, akhirnya pelakon Fizz Fairuz, 35, nekad untuk menikahi pelakon Almy Nadia, 28.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei ini di negeri kelahiran Almy, di Pulau Pinang.

Setelah sekian lama bercinta dan melalui pelbagai cabaran, kami akhirnya akan bernikah. Setakat ini segala persediaan hampir 70 peratus persiapan sudah disiapkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga saya dan Almy sendiri," kata Fizz ketika ditemui pemberita di lokasi penggambaran filem Cicak Man 3 di Kota Damansara, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment