Search This Blog

HOME

Friday, February 14, 2014

Comango Ancaman Hancurkan Islam Dan Negara - Majlis Fatwa

Kenapa jadi begini?

KUALA LUMPUR, 14 Feb - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia memandang serius dan menentang tuntutan yang dibuat oleh Comango kerana tuntutan-tuntutan yang dibuat adalah jelas bercanggah dengan Syariat Islam dan akan merosakkan akidah umat Islam.

Tuntutan-tuntutan yang dibuat juga adalah bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan Negara serta norma-norma antarabangsa dan akan mencetuskan huru hara kepada masyarakat dan Negara, serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia.

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa menggesa Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak seperti ini kerana ia merupakan satu ancaman dan gerakan untuk menghancurkan kedaulatan Islam dan Negara.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan umat Islam yang terlibat supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan menjauhkan diri daripada terus terjerumus dengan perbuatan yang boleh merosakkan akidah sepertimana tuntutan Comango ini.

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment