Search This Blog

HOME

Friday, February 14, 2014

Hutang RM60 juta: MB Selangor Tan Sri Khalid setuju selesai di luar mahkamah

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan beliau dan Bank Islam mencapai penyelesaian luar mahkamah berhubung saman hutang bank itu yang berjumlah RM66.67 juta.

Khalid enggan menyatakan jumlah yang terbabit di dalam persetujuan itu namun menegaskan transaksi itu tidak menjelaskan Pakatan Rakyat mahupun PKR.

“Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan di luar mahkamah dan butirannya bukan untuk makluman orang ramai,“ kata beliau.

Khalid menyaman Bank Islam pada Mei 18, 2007, dengan mendakwa bank itu telah melunaskan sahamnya dalam Guthrie Berhad yang dibeli menerusi pinjaman daripada Bank Islam.

Bagaimanapun dalam saman balas, Bank Islam menuntut supaya Khalid membayar balik pinjaman RM66.67 juta sambil mempertahankan tindakannya melunaskan saham berkenaan.

Khalid berkata kes itu adalah masalah peribadinya, setelah pimpinan PKR dilaporkan menegur beliau kerana tidak memaklumkan hasil perbincangan beliau untuk menyelesaikan kes itu.

No comments:

Post a Comment