Search This Blog

HOME

Saturday, February 15, 2014

Pelik tapi benar - Warga Oregon dipenjara dan denda kerana menakung air hujan yang dikatakan milik kerajaan negeri?

Gary Harrington melambaikan tangan kepada keluarganya sebelum ke penjara.


Eagle Point, Oregon, Amerika Syarikat, seorang lelaki telah mula menjalani hukuman penjara 30 hari selepas dia membina tiga takungan air dikawasan kediamannya untuk mengumpul air hujan yang dikatakan pelanggaran jelas undang-undang negeri yang mengatakan semua air awam adalah milik mereka.

Gary Harrington (gambar di atas ) telah mengumpul hampir 13 juta gelen air hujan didalam takungan itu seperti digambarkan dibawah.........

Add caption

Ianya cukup untuk mengisi 20 kolam renang bersaiz Olimpik. Tetapi dua minggu lalu, dia didapati bersalah kerana melanggar undang-undang 1925 Negeri Oregon terhadap pengumpulan air swasta. Beliau dijatuhi hukuman 30 hari penjara dan terpaksa mengeluarkan denda $ 1,500US.

Jabatan Sumber Air Oregon berkata tidak menjadi kesalahan menakung air yang tersedia ada diatas bumbung tetapi cara beliau menakung air dengan sebegitu banyak memerlukan permit dari kerajaan negeri Oregon. 

Sebenarnya Harrington mempunyai permit yang sah sejak 2003 tetapi pihak berkuasa air di Oregon telah menarik balik permitnya dan sejak dari itu beliau telah berusaha dan berjuang untuk diberikan permit semulanya namun akhirnya beliau terpaksa akur dengan undang-undang dan terpaksa meringkuk 30 hari didalm penjara dan denda........... pelik tapi benar.

No comments:

Post a Comment