Search This Blog

HOME

Wednesday, September 11, 2013

Sikap Positif Cristiano Ronaldo Terhadap Islam.

 

1. Cristiano Ronaldo sangat bersimpati pada rakyat Palestin, perkara ini dibuktikannya dengan melelong kasut emasnya untuk disumbangkan kepada kanak-kanak Palestin. Cristiano Ronaldo, bintang 'Seleccao' yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut jelas mempunyai hati sensitif. Laman Qodsna pada akhir tahun lalu melaporkan, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1.4 juta Euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang musnah di sepanjang di Jalur Gaza.


2. Pada perlawanan Pra Piala Dunia, antara Portugal dan Israel, selepas perlawanan yang berakhir dengan seri 3-3, CR7 menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.

3. Tidak mahu menyebut negara Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan televisyen Aljazeera pernah bertanya kepada Ronaldo, anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin? Bintang dunia asal Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin." Padahal diketahui, Portugal bertanding melawan Israel, di gelanggang Israel, pada Jumat (22/03) di perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F.


4. Ronaldo kembali menyumbangkan wang bernilai 100 ribu Euro kepada mangsa perang Afghanistan pada Rabu (13/2). Seperti dilaporkan Reuters, Ronaldo menyumbangkan wang sebanyak itu dengan atas nama UEFA dan diserahkan melalui International Commitee of the Red Cross (ICRC). Wang itu akan digunakan untuk membantu memulihkan warga Afghanistan yang kehilangan tubuh, kerana terkena letupan ranjau darat di negeri yang kerap terjadi peperangan tersebut.

Semuga Allah S.W.T. akan memberikan hidayah kepadanya, insyallah.

No comments:

Post a Comment