Search This Blog

HOME

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Ancaman Siber 2015 - Pengguna Internet Berada Didalam Keadaan Tak Selamat

 

Tahun 2015 bakal lebih mencabar dari aspek keselamatan siber berikutan tanda ancaman yang langsung tidak berkurang dan dijangka lebih komplikated mengancam bukan saja komputer peribadi (PC) pengguna tetapi tulang belakang Internet.

Fortinet, salah satu syarikat keselamatan rangkaian melalui bahagian penyelidikannya, FortiGuard Labs mengenal pasti ancaman keselamatan siber yang paling ketara menjelang tahun baru termasuk ancaman penggodam dinamakan Black Hat dan pembekal penyelesaian perisikan ancaman.

Apabila bilangan peranti yang disambung kepada rangkaian meningkat, penjenayah siber akan terus mengeksploitasi kemampuan mereka dengan serangan Internet untuk semua (IoT) dan teknik mengelak perlindungan lebih canggih.

Sasar tulang belakang internet
Pada masa sama, penjenayah siber terus mengeksploitasikan dedahan hujung pelayan atau server side skala besar demi mencuri wang ringgit dan tujuan jahat lain.

Ia bermakna tahun depan, penjenayah bukan saja cuba mencuri pada skala kecil pengguna biasa tetapi menumpukan sasaran lebih besar dan menguntungkan.

Sekali gus, ia menjadikan perniagaan dan organisasi kerajaan di peringkat global menghadapi risiko begitu juga dengan maklumat peribadi pengguna yang penting.

Serangan lebih komplikated
Ancaman keselamatan siber dan trend seorang penggodam Black Hat termasuk Blastware yang akan memusnahkan sistem, memadamkan data dan melindungi jejak penggodam.

Pakar Strategi Keselamatan Global Fortinet, Derek Manky berkata, berikutan Scareware dan Ransomware iaitu trend malware baru yang cukup membinasakan ini bakal berleluasa, ia memungkinkan penggodam untuk menyusup masuk, mengumpul data dan kemudian menghapuskan maklumat dalam sistem dan cakera keras yang menghilangkan jejak daripada dikesan forensik.

Curi duit cara maya
"FortiGuard Labs memerhatikan tanda Blastware pertama pada tahun 2014 iaitu Dorkbot/NGRbot yang mana penggodam mempunyai rutin menghasilkan kod yang terbina dalam dan jika diubah akan memusnahkan dirinya dan menghapuskan segala maklumat pada cakera keras terbabit.

"Ia adalah tindak balas melawan langsung kepada kenaikan perkhidmatan respon kejadian dan Fortinet meramalkan bahawa pembangun APT akan membina mekanisme canggih yang dapat memusnahkan bukti mengelakkan penguatkuasaan undang-undang dan usaha forensik akan terjejas untuk memerangi jenayah siber yang kian meningkat," katanya.

Menurut Manky, penggodam juga mungkin cuba menggunakan taktik ini untuk tujuan peras ugut bagi menghapuskan data jika wang tebusan tidak dibayar dalam jangka masa tertentu.

"Selain itu, penggodam akan cuba mengelak daripada penguatkuasaan undang-undang dengan mengeksploitasi tuduhan kepada individu lain yang tidak bersalah.

"Apabila jenayah siber meningkat, amalan penguatkuasaan undang-undang untuk menangkap dan menghukum penjenayah turut meningkat, oleh itu, penggodam perlu lebih berhati-hati dan merancang untuk mengelak daripada ditangkap," katanya.

Pada tahun 2015, teknik mengelak ini bakal lebih canggih untuk menyembunyikan jejak penggodam siber.

Sehingga kini, pengelakan hanya bertumpu kepada melawan anti virus dan pencegahan pencerobohan atau anti botnet.

Di samping itu, penyerang siber berkemungkinan besar menuduh orang lain yang tidak bersalah dengan mengalihkan perhatian penyiasat daripada serangan mereka untuk menjejaskan siasatan dan sengaja meletakkan bukti palsu kepada penyerang yang tidak berkenaan.

"Pada tahun 2014, kami melihat satu peralihan yang menarik iaitu Heartbleed dan Shellshock iaitu serangan tertumpu kepada eksploitasi dan dedahan sistem pelayan.

"Jadi pada tahun depan, kami menjangkakan trend ini akan berterusan dengan cara yang lebih membimbangkan apabila penggodam Black Hat menceroboh IoT dan berkemungkinan akan menjumpai lubang yang mempunyai paling kurang rintangan apabila semakin banyak peranti disambung ke rangkaian," katanya.

Keterdedahan yang akan dieksploitasi oleh penggodam Black Hat termasuk sistem keselamatan dan sistem automatik kediaman pengguna serta kamera web. Manakala dari segi peranti enterpris, setoran rangkaian (NAS) dan router, ia akan terus menjadi sasaran yang akan mewujudkan masalah ketara dengan komponen pihak ketiga dan pengurusan 'patch'.

"Seperti yang diketahui, 2014 dikenali sebagai 'tahun kebocoran data' dengan beberapa laporan kecurian yang teruk seperti pusat beli-belah Target, Michaels, P.F. Changs dan Home Depot," katanya.

FortiGuard meramalkan trend ini akan berterusan pada tahun 2015 manakala penggodam menjadi lebih canggih dan mendapati kelemahan yang baru untuk menyusup masuk sistem runcit dan kewangan.

Begitu banyak ancaman yang dijangka menyebabkan perkhidmatan and penyelesaian jenayah dijangka menyokong jaminan kualiti (QA) untuk malware, termasuk pengimbasan.

Pada tahun 2015, Fortinet meramalkan ia akan dilanjutkan untuk menyokong QA perisikan ancaman dan liputan yang tidak dapat dikesan untuk penunjuk kompromi (IOC).

Sebagaimana jenayah memperluaskan penyelidikan dan liputan mereka, penggodam akan menggunakan jenis proses yang sama untuk menentukan cara terbaik untuk memintas sistem keselamatan.

Contohnya, perkhidmatan jenayah kini mengimbas malware yang tidak dapat dihalang pembekal dan memberikan mereka satu keputusan markah.

Apabila pembekal Internet memulakan kaedah pengesanan malware kepada perisikan ancaman, penjenayah akan bekerja untuk melawan pergerakan ini dengan jenis kaedah yang sama untuk mengetahui sama ada prasarana botnet mereka ditandakan dalam sistem perisikan yang lain dan menyembunyikan jejak mereka.

Antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini termasuk perisikan ancaman lebih awal namun teknologi haruslah bersepadu untuk mengautomasikan perlindungan terhadap perisikan terbabit dan bukannya bergantung kepada keputusan pengurusan.

Pada 2015, pembekal keselamatan siber dan penyelesaian keselamatan terurus akan lebih agresif memperkenalkan set perisikan ancaman yang boleh dilaksanakan dengan perkhidmatan proaktif menapis data penting.

Fortinet juga menggesa tindak balas yang proaktif untuk mengurangkan kerosakan yang dialami oleh organisasi pada masa depan.

Pemilihan pembekal pihak ketiga yang menyediakan perkembangan lebih selamat melalui pasukan tindak balas kejadian keselamatan produk serta penyelidikan ancaman mendalam akan mengehadkan senario kebocoran sebelum ia berlaku.

"Pengesahan dwi-faktor pengesahan yang kukuh akan meningkat pada tahun 2015 sebagai satu langkah proaktif yang ringkas dan berkos efektif manakala pembekal perkhidmatan tindak balas kejadian akan berkembang untuk membantu pelanggan apabila mereka diserang," kata Manky.

Beliau turut mengingatkan, apabila ancaman beralih untuk menyerang produk dan penyelesaian perisian baru, organisasi di Malaysia menghadapi risiko yang lebih besar.


"Ia adalah penting supaya mereka memilih bukan saja satu penyelesaian keselamatan, tetapi satu penyelesaian yang proaktif dan pintar untuk melindungi mereka daripada segala serangan yang semakin meningkat tidak dapat dihalang oleh penyelesaian firewall saja," katanya.

Sunday, November 16, 2014

KISAH TUKANG KASUT (OKU) DI KAKI LIMA YANG MEMBUAT ANDA SEBAK MENGALIR AIR MATA.


Klinik kasut. Itulah gelaran yang diberikan kepada tukang kasut kini. Mereka juga doktor. Doktor kasut.

Jom hayati kisah seorang tukang kasut OKU yang pasti membuat anda sebak sampai mengalir air mata di bawah.

Dalam perjalanan balik dari mall.

Aku menyelusuri lorong belakang mall. Hajatnya nak baiki kasut. Dah tercabut tapak.

Nampak seorang pakcik tua di kaki lima. Orang kurang upaya. Manusia normal seperti kita, cuma tanpa sepasang kaki.

Beliau tengah mengilat kasut seorang lelaki bersut pejabat. Lelaki itu berdiri. Kakinya pada papan kasut yang disediakan. Pakcik tua tekun menjalankan kerjanya.

Kami menghampiri pakcik tua tersebut. Tunggu giliran.

"Dah siap ke? Lambat betul la kiwi pun." Lelaki tu mengeluh-ngeluh.

"Dah siap, tuan." Pakcik tua memberhentikan gosokan. Lap kali terakhir kasut lelaki yang sedang berdiri tersebut.

"Tak nampak berkilat pun. Berapa?" Lelaki itu tanya harga.

"RM3.00." Pakcik itu senyum jawab.

"Gila mahal! Dahlah tak berkilat langsung!" Sambil dia mengeluarkan 3 keping note biru. Campak ke papan kasut. Baru saja pakcik mahu mengutipnya, diletakkan kembali kasut atas tangan pakcik tersebut. Pijak tangan pakcik!

Pakcik mengaduh perlahan. Nampak berkerut mukanya yang berkedut seribu.

"Kalau buat kerja tak elok, ni lah makan dia!" Lelaki tu ketawa kemudian mengalihkan kasutnya. Berlalu dari situ.

Aku dan kawan panas hati melihat kejadian itu. Lantas aku berteriak,

"Woi tua kutuk! Kau tak ada hati perut ke pijak tangan orang tua?"

Lelaki itu berpaling. Kemudian, ketawa. Seraya angkat jari tengahnya pada kami.

"Pergi mampus kau orang semua."

Dia tak layan. Terus berlalu. Aku cuba kejar. Nak terajang beliau. Tapi segera dihalang pakcik tua.

"Sabar, nak. Tak mengapa. Tak mengapa." Pakcik tua senyum sambil pegang sebelah kakiku.

Bagaimana pakcik boleh bersabar sedangkan kami dah hilang sabar?

Kami duduk bersila di sebelah pakcik di kaki lima.

"Allah dah banyak kali sebut Allah bersama-sama orang yang sabar dalam al-Quran. Biarlah Allah yang tunjuk amarah-Nya. Amarah pakcik, amarah kamu berdua tidak sebesar amarah Allah. Murka Allah itu lebih ganas. Lebih dahsyat." Pakcik senyum lagi.

"Tapi lelaki tu dah melampau!" Aku tak puas hati. Kawanku diam gigit bibir. Tahan marah agaknya.

"Jangan marah. Ingat. Ni cuma kesakitan kecil dibandingkan dengan umat Islam di Syria, Afrika, dan lain-lain. Di Afrika, kepala orang Islam dipijak hingga lumat. Di Syria, orang Islam disembelih hidup-hidup, disiat, dirogol. Apalah sangat sakitnya tangan pakcik ni. Tak luka pun. Dah, jangan marah ya.

Ni nak baiki kasut ya?"

Aku mengangguk perlahan. Sambil serahkan kasutku. Pakcik tu segera menjalankan tugasnya. Tampal dan jahit mana yang patut. Dibersihkan kasutku hingga nampak baru.

"Siap. RM5.00."

Kawanku keluarkan note RM50. Dihulurkan pada pakcik. "Pakcik, ambillah, tak perlu berikan baki." Pakcik tu menolak.

"Walaupun untung pakcik sehari-hari tidak banyak. Tak sampai RM50 pun sehari, tetapi pakcik bersyukur. Yakin yang sikit itulah rezeki Allah yang bersih lagi halal. Makin banyak duit di tangan pakcik, makin gelisah hati pakcik. Lagipun pakcik tak sara sesiapa melainkan diri sendiri.

Ramai orang dapat duit banyak. Dapat duit cara cepat. Dapat duit dari keuntungan modal orang bawahan, downline dan sebagainya. Tapi duit itu segera habis. Duit itu tidak berjaya menenangkan hati. Tidak berjaya melapangkan dada."

Nak tak nak, pakcik tu nak RM5 juga. Taknak RM50. Kami akur.

"Doakan pakcik. Anak-anak ni soleh. Doa orang soleh dimakbul Allah. Doakan pakcik bahagia di alam kubur. Doakan pakcik dikurnia Syurga. Pakcik bimbang, kerana pakcik tidak berdaya segera ke masjid tiap kali masuk waktu solat, selalu terlewat sebab pakcik berjalan dengan tangan. Bimbang Allah marah. Bimbang Allah hukum pakcik sebab lambat ke masjid. Tolong ya."

Pakcik senyum. Namun di matanya berkaca-kaca.

Kawanku peluk pakcik tu erat-erat.

"Insya-Allah pakcik. Amin, amin, amin."

Kami bersalam kemudian mengucapkan selamat tinggal pada pakcik tua.

Dalam perjalanan pulang, aku terasa sungguh ke dalam hati.

Kami dikatakan soleh. Hanya kerana kami pakai kopiah.

Pakcik takut dihukum Allah kerana lambat ke masjid.

Aku langsung tidak ke masjid kecuali solat Jumaat sahaja.

Pakcik sabar. Aku sebaliknya.

Akulah bahan api neraka yang sebenarnya.

Aku.

Tak semena-mena air mata turun sendiri.

Tak mampu ditahan lagi bertakung di empangan kolam air mata ini.

Sumber - ejeninfo.blogspot

Sunday, July 13, 2014

In the Woman's Day: Palestinian Female detainees & the Struggle for Freedom


Palestinian women have always stood side by side with their fathers, brothers, husbands, comrades to resist the Zionist occupation, to fight for freedom and legitimate rights. They are the first to go to the streets to protest the brutality of the Israeli military occupation, the first to organize sit-ins and marches demanding the release of their children, brothers and fathers from Israeli prisons. They are the protectors, the supporters, but most of all they are the comrades in the fight for a free Palestine.

They protect their children, fathers, brothers and husbands from the Zionist invader come to kidnap, beat or kill. They support their families when their fathers, brothers or husbands are imprisoned or killed by the Israeli terrorist troops. They embrace the land and kiss the olive tree. They pave the way for resistance and shape it with their blood. They are the olive tree steadfast in the face of usurpers in Nablus, Jenin, Bethlehem and Al-Jalil. They are the poppy decorating Palestinian hilltops in Jerusalem, Hebron and Safad.

They are the butterflies kissing the fields of Hebron, Jenin and Bisan. They are the fresh breeze of Haifa, Yaffa, Acca and Gaza. They are the stone, powerful, strong and only taking leave of the soil to hit the usurper in the face. They are the daughters of Palestine; fearless, steadfast, patient. They are the mother, the sister, the daughter and the comrade of the martyr, the freedom-fighter and the prisoner. They are the martyr, the freedom-fighter and the prisoner.

They are the guardians of the revolution and the symbol of steadfastness. They are Palestine embracing its children, protecting them and leading them. Since 1967 more than 800,000 Palestinians, including 15,000 Palestinian women, were detained by the Zionist entity. During the First Intifada 3000 women were detained and during Al-Aqsa Intifada more than 900 women were locked up behind Israeli bars. There are daily raids and detentions.

Sometimes the detained are released after a few days, after a few weeks or remain in detention indefinitely. Alone in June 2010 some 334 Palestinians were detained, including 4 women. Currently, there are 36 Palestinian female prisoners in the Israeli prisons Damon, HaSharon and Neve Tirza: 4 from Jerusalem, 3 from the Palestinian area occupied in 1948, 28 from the West Bank and 1 from the Gaza Strip. 6 of the prisoners await trial, 3 are administrative detainees, 27 are sentenced; of whom 5 are serving life sentences.

Palestinian female detainees, like their brothers in detention, suffer from the brutality of the Israeli Prison Authority. They are exposed to abuse, humiliation and are subjected to more than 20 forms of violations. They are tortured, beaten, harassed, insulted, tied up for hours under hot sun or under rain, deprived of sleep, isolated, punished with high fines for no reason, subjected to the continuous use of tear gas in their cells, continuously denied family visits and calls back home and letters are sent or distributed only once every 3 months.

They are also subjected to harsh and humiliating midnight raids and body searches. On 24.06.2010 Israeli special forces (Golan) in the Damon prison broke into the cells of Palestinian female prisoners in the early morning, assaulted the prisoners, searched the cells and forced them to undress, to sit in a humiliating squatting position for 4 hours under the pretext of inspection.

Also, Israeli prison authority prevents Palestinian female prisoners from acquiring more than one book, doesn’t allow them to send out or get in any embroidery work or magazines and decides the number of clothing pieces each prisoner is allowed to possess. The cells are small, over-crowded, damp, lack hygiene, no sun or fresh air enters them and they are infested with insects and mice. They are cold in winter and hot in summer. Because Palestinian female prisoners aren’t allowed to receive any items from their families, they are forced to buy what they need from the prison canteens. Water is very dirty and undrinkable and food is inedible, forcing the detainees to buy their food and water from the prison canteen for very high prices.

Not only are the prices there extremely high, the canteen also lacks many items Palestinian prisoners need. Some political prisoners are also locked up with Israeli criminals who abuse them regularly while Israeli prison forces watch. One method of punishment favored by Israeli prison forces is reducing family visitation from 45 minutes to 15 minutes, or cancelling all visitations despite the hardships the families endure to reach the prisons. Du’a’ Al-Jayyousi from Tulkarim was detained in 2002. Her only brother isn’t allowed to visit her, and when he got married, the prison authority refused to allow her to phone him.


Source - By Reham Al Helsi (Al Qassam website)

World passively watching as Israel perpetrates open-ended massacre in Gaza


The Israeli army, which can be called the Jewish Wehrmacht given its Nazi-like behavior, continues to pound the Gaza Strip from ground, sea and air. According to sources in Gaza, virtually all targets hit so far are civilian.

As many as 50 Palestinians, virtually all of them civilians, have been reported killed so far. Hundreds others were injured, many sustaining life-threatening wounds.

The scenes of mutilated and maimed children, some of whose bodies are seen protruding through the rubble of their homes, destroyed by missiles fired by American-supplied F-16 fighter jets, seem to verify the view that Israel is targeting Palestinian civilians knowingly and deliberately.

Israeli leaders and military officials are openly gloating over the high death toll among Palestinian civilians. They blame Hamas for the orgy of killing. However, virtually all Palestinians don't buy the Israeli logic.

As we all know, this is not the first time Israel indulges in such war crimes. Israel has always been a regular perpetrator of war crimes. Indeed, one would exaggerate very little by arguing that Israel itself is a war crime or a crime against humanity.

I am not going to spend time refuting Israeli hasbara lies, blaming Hamas for the latest conflagration. Having been a vigilant observer of Israeli behavior for several decades, I can honestly argue that honesty and Israel cannot really be used in the same sentence. Israel and honesty are an eternal oxymoron.

As always, Israel violated the uneasy truce reached through Egyptian mediation in 2012. Israeli leaders, proceeding from the Talmudic ideology which views all non-Jews as lesser human beings or virtual animals, don't feel bound by agreements or treaties reached with "Goyem."

People in the west, long duped and brainwashed by Zionist propaganda, may raise their eyebrows when reading these words. But we who live with these Judeo-Nazis and have been at the receiving end of their murderousness and evilness know better.

We don't need and won't accept lectures about the "humanity and civility" of the Nazis of our time.

Hamas and other Palestinian resistance groups don't constitute an existential threat to Israel, which has one of the strongest military machines in the world.

In fact, the claim that Gaza is threatening Israel is infinitely ridiculous. The thoroughly-starved and hermetically blockaded Gazans have a hard time feeding their children, let alone pose any meaningful threat to the Nazi Germany of our time, a pugnacious state that more or less tightly controls the most powerful country under the sun, the United States.

It is sad and lamentable that a country of 320 million has allowed itself to be enslaved by Zionist pressure groups, hell-bent on prostituting America and eviscerating it of any semblance of morality for Israel's sake.

Palestinians have to resist Jewish terror

But the Palestinians cannot take their very survival for granted. They can't rely on the so-called international community to shield them against Jewish Nazism.

Indeed, if the Palestinians don't defend themselves, who is going to defend them? Obama? Merkel? Or Putin?

Hence, the valiant Palestinian determination to put up a semblance of resistance to the Jewish Wehrmacht. The Israeli assault on Gaza is not an assault on Hamas; it is rather a nefarious aggression against the entire Palestinian people. It is intended to break our people's will to resist Israeli Nazism. Pure and simple.

To put the matter in a nutshell, the Palestinians are simply defending themselves against an overwhelming evil force that is hell bent on ethnically cleansing them and stealing their motherland.  Our fighters don't fire their home-made missiles on Israel because they want to spill Jewish blood. They do it because this is the only means they possess to deter a cannibalistic enemy that can only feel good if and when it spills Palestinian blood.

Besides, the problem with Israel didn't begin last week or last year.

Just remember that many of the people being now bombarded and murdered by the Jewish Wehrmacht are actually children, grandchildren and great grandchildren of the original Palestinian refugees that Israel massacred or brutally expelled out of their homes when the evil state was created in Palestine in 1948.

Hence, the Palestinians cannot really be terrorists if only because they were never the initiator of violence and terror. The Palestinians were living peaceably in their towns and villages, mostly leading a simple pastoral life until waves of Khazari Jews, who had no real connection with the ancient Israelites, invaded Palestine with the aid of Western countries, especially the evil empire, the United Kingdom.

Yes, it was Britain that put the venomous Jewish snake in the bed of the Palestinian child.  Britain, as Noam Chomsky wisely said, cannot claim innocence or argue that it didn't know the snake was so poisonous.

Surviving by dying

Today, Palestinians are sacrificing their lives for their freedom, dignity and survival. This is what they have always been doing from time immemorial. We are very much children of martyrs who were themselves children of martyrs. We survived despite a harsh history of plots and conspiracies that aimed to eradicate us as a people from the face of earth.

We will survive the latest Israeli blitz as well.

However, the world community ought to feel ashamed for watching the Nazi Germany of our time gang up on a defenseless people whose only crime is that it is not part of "the holy tribe."

This conspicuously immoral world, which doesn’t have any modicum of respect, will surely have a precarious future. It will face ultimate demise.


Source - From Khalid Amayreh (Al Qassam website)

Sunday, June 22, 2014

CIA kawal keselamatan pesawat Boeing, kata Global Flight

Adakah agensi ini terlibat dengan kehilangan MH370?

Pengeluar pesawat terkemuka, Boeing sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan pengguna yakni penumpang pesawat dalam keadaan selamat semasa berada di udara. Boeing antara pengeluar pesawat termoden dan terbesar dunia dan boleh dikatakan di udara sekarang bersimpang siur dengan pesawat Boeing yang dibeli oleh banyak negara.

Mana perginya MH370?
Walaupun semua pesawat Boeing yang berterbangan di udara telah dijual tetapi tetap ada perjanjian "khidmat selepas jual". Ini boleh dianalogikan kepada mereka yang membeli kereta mewah, walaupun kereta itu sudah bertukar nama tetapi pembuat kereta itu tetap memberikan khidmat kepakaran apabila berlaku sebarang masalah. Ini kerana hanya pembuatnya sahaja yang mahir tentang selok belok atau "perangai" kereta buatan mereka.

Apakah sebenarnya peranan mereka?
Hal yang sama juga dilakukan oleh Boeing. Syarikat ini mempunyai tanggungjawab terhadap setiap yang berlaku ke atas pesawat Boeing. Tentu sahaja membeli sebuah pesawat Boeing tidak sama dengan kita membeli sebuah lampu picit di kedai Ah Kau yang kalau rosak tidak lagi menjadi tanggungjawab Ah Kau. Sebab itu Boeing sangat prihatin terhadap keselamatan pesawat dan juga penumpang.

Salah satu usaha mempertingkatkan keselamatan pesawat dan penumpang ialah memasang alat Advanced Route Evaluation System (ARES) yang dihubungkan kepada pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA). Menurut jurnal penerbangan, Global Flight 1 Disember 2006, dengan menggunakan alat kawalan jauh ini, CIA boleh memantau semua penerbangan pesawat Boeing di seluruh dunia. Ini bertujuan untuk menghalang daripada perampas melencongkan pesawat di luar laluan yang sepatutnya.

Menurut Global Flight, Boeing telah menggunakan alat itu sejak 2006 sebagai langkah proaktif menangani kejadian rampasan pesawat di mana perampas akan memaksa juruterbang melencongkan pesawat ke lokasi yang dikehendaki. Dengan menggunakan ARES, CIA yang memantau penerbangan pesawat Boeing akan mengambil alih tugas juruterbang secara kawalan jauh dan memandu pesawat itu ke lapangan terbang yang berdekatan dan selamat untuk mendarat.

Menerusi ARES, apabila CIA mengesyaki sesebuah pesawat Boeing itu dalam keadaan "luar biasa" sama ada isyarat diberikan oleh juruterbang atau CIA melihat pesawat telah terkeluar laluan, CIA akan mengambil alih sepenuhnya pemanduan pesawat berkenaan dan semua sistem di kokpit sudah tidak berfungsi lagi. Sekiranya dirampas, pesawat itu tidak boleh dilencongkan seperti yang selalu berlaku dalam rampasan pesawat sebelum ini.

Menurut artikel itu, dalam keadaan sekarang (2006) di mana semua pesawat Boeing dipasang dengan alat ARES, pergerakan pesawat adalah dalam tangan CIA dan tidak mungkin pesawat Boeing, apa lagi yang dikelaskan sebagai termoden akan terkeluar dari operasi kawalan jauh CIA. Maknanya pesawat Boeing menjanjikan keselamatan yang maksimum dan sekiranya perampas dalam kalangan teroris yang mahu membalas dendam terhadap Amerika Syarikat (AS), kerja mereka akan sia-sia kerana CIA tahu apa yang berlaku.

Penggunaan peralatan kawalan jauh yang dikendalikan oleh CIA ini memberikan keyakinan kepada penumpang-penumpang yang trauma membaca berita tentang pesawat yang dirampas. Penumpang akan selamat apabila keselamatan mereka dipantau setiap saat oleh CIA. Sekiranya perampas bertindak membunuh penumpang yang dijadikan tebusan, kerja itu adalah sia-sia. Juruterbang sudah tidak ada peranan lagi dan pesawat Boeing bertukar menjadi pesawat tanpa pemandu seperti yang digunakan oleh AS untuk mengintip dan mengebom musuh.

Pada 2006, Boeing dalam satu kenyataannya berkata, "Kami secara berterusan mengkaji dan melaksanakan pelan keselamatan kepada penumpang dan menjadi pesawat yang paling cekap di dunia dalam penerbangan." Selain mematikan sistem yang dikemudikan oleh juruterbang, ARES juga dibekalkan dengan sumber tenaga elektrik sendiri yang tidak boleh diputuskan secara manual.

Menurut jurucakap syarikat Raytheon Corporation telah berjaya mendapat kontrak yang dikeluarkan oleh Federal Avation Administration untuk memasang ARES pada pesawat Boeing, sistem ini bukan sahaja menyediakan pemanduan secara kawalan jauh oleh CIA malah menyediakan analisis pada laluan penerbangan yang selamat kepada CIA ketika pesawat dalam keadaan kecemasan.

Sebenarnya semua ini bukan baharu malah sudah lapan tahun digunakan dan banyak orang tahu tentang teknologi pemantauan yang digunakan oleh pesawat Boeing. Dengan teknologi ini juga memungkinkan tidak ada pesawat Boeing hilang dan tidak dapat dikesan.

Dengan teknologi, dunia menjadi semakin kecil. Semua pergerakan boleh dipantau dan sudah tentu tidak boleh hilang begitu saja.

Antara faktor yang mendorong Boeing menggunakan alat ini ialah kejadian rampasan pesawat untuk melanggar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001. Sekiranya menggunakan alat kawalan jauh ini sudah pasti tidak ada pesawat yang akan melanggar WTC kerana telah dilencongkan oleh CIA. Sebenarnya Boeing melakukan semua ini bukan sahaja kerana tanggungjawab kepada penumpang pesawatnya tetapi untuk menjaga reputasi. Kalau boleh Boeing tidak mahu sebuah pun pesawatnya bermasalah kerana itu akan menghilangkan keyakinan pembeli pada masa akan datang. Salah satu pesawat Boeing yang dilengkapi ARES adalah MH370.

Penulis - Ku Seman Ku Hussain
Sumber - Utusan Online

Saturday, June 21, 2014

JANGAN BIARKAN 'TANGAN GHAIB' MENJAJAH NEGARA - BEKAS KPN TAN SRI RAHIM NOOR

Bekas KPN Tan Sri Rahim Noor

Peringatan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor bahawa ada puak yang menentukan supaya mana-mana negara yang menentang Yahudi dan Israel akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut tidak harus dipandang sepi.

Ia kerana ketika gendang atas nama hak asasi manusia semakin kuat dipalukan ia memberikan kesempatan terbaik kepada kelompok pro-Yahudi untuk campur tangan di mana-mana juga negara Islam.

Tan Sri Rahim Noor.......... The Unsung Heroes
Dalam soal ini sudah pastilah Malaysia tidak terkecuali apatah lagi dari semasa ke semasa semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan yang wujud kononnya bagi memperjuangkan hak asasi manusia.

Golongan yang menyokong mereka bukan sahaja bersedia menyalurkan dana malahan akan mencari pemimpin politik yang mereka fikirkan boleh diperkudakan bagi mencapai cita-cita mereka.

Seperti mana kata Rahim, pihak berkenaan akan menggunakan segala daya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latar belakangnya sebagai sasaran.

Pemimpin seumpama itu pula tidak mempedulikan apa-apa lagi, asalkan cita-cita politiknya tercapai segalanya sanggup dipertaruhkan.

Kita sudah saksikan bagaimana di negara ini sudah ada pemimpin politik yang dikatakan begitu rapat dengan pemimpin dan NGO Yahudi. Malahan demi cita-cita politiknya soal agama Islam dan orang Melayu pun mahu digadaikannya.

Semua ini sepatutnya menyedarkan rakyat terutama orang Islam mengenai bahaya yang menantikan mereka.

Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan mana-mana pihak terutamanya puak Yahudi mencampuri urusan negara ini secara halus.

Kita mungkin tidak sedar keghairahan menyokong sesuatu tindakan termasuklah demonstrasi boleh menjebakkan kita menjayakan misi pihak asing yang cuba menguasai negara ini.

Begitulah juga dengan perhimpunan haram Bersih baru-baru ini, ia tidak terlepas daripada mendapat sokongan asing apabila ribuan ringgit disalurkan ke dalam akaun mereka yang terlibat menganjurkannya.

Sumbangan itu bukan sumbangan ikhlas, ia mempunyai erti dan maksud tersirat serta sudah pastinya ada agenda tertentu.

Atas sebab itulah rakyat Malaysia perlu berhati-hati dalam perhitungan politik mereka. Jangan terlalu ghairah untuk membenci kerajaan sehingga ia memberi peluang kepada pihak lain mengambil kesempatan.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan bukanlah jalan terbaik bagi melahirkan perasaan tidak puas hati atau protes. Kita mempunyai saluran tertentu termasuklah melalui pilihan raya untuk membuat keputusan.

Tindakan turun ke jalanan sehingga memungkinkan elemen asing menyerap masuk ke dalam negara kita bukan tindakan yang bijak sebaliknya boleh membuka kepada satu penjajahan asing dalam bentuk baru.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, kita mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan segala permasalahan dan bukannya mengikut budaya luar.

Percayalah, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh amat dicemburui oleh sesetengah negara dan ia ditambah pula dengan ketegasan Malaysia menentang keganasan Yahudi di Palestin.

Sikap ini sudah tentulah tidak akan menyenangkan pihak-pihak yang pro Yahudi. Mereka akan mencari jalan untuk memusnahkan kemakmuran dan kesejahteraan negara kita.


Mungkin ada antara kita menganggap semua ini hanyalah kebimbangan tidak bertempat, tetapi kita juga tidak harus lupa bagaimana sudah banyak negara porak peranda hanya kerana mainan 'tangan-tangan tersembunyi'.

Sumber - UM Online

Monday, June 16, 2014

MH370: Kehilangan Pesawat Dirancang Dengan Teliti

Masih menjadi misteri


Teori berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu kini semakin bertambah dengan pelbagai versi dan cerita apabila semalam sudah genap 100 hari kehilangannya.

Terbaru, seorang juruterbang telah menulis secara bersama menulis sebuah buku mendakwa kehilangan pesawat itu telah disengajakan dan dirancang dengan teliti, menurut laporan The Independent.

Buku itu bertajuk “Good Night Malaysia 370 : The Truth Behing The Loss of Flight 370” ditulis oleh juruterbang Ewan Wilson dan wartawan dari New Zealand Geoff Taylor.


Menurut laporan itu, pasangan itu juga menulis bahawa pesawat MH370 secara faktanya memang berakhir di Lautan Hindi dan ia adalah untuk menghapuskan sebarang bukti salah laku dan penyelewengan.

Menurut Wilson, ia adalah kali pertama satu analisis lengkap berkaitan kehilangan pesawat itu dihasilkan termasuk laluannya juga siapa yang dipercayai mereka bertanggungjawab apabila peswat itu memasuki Lautan Hindi.

“Kehilangan pesawat MH370 menarik perhatian dunia dan juga telah mengejutkan semua orang termasuk jalan ceritanya,” katanya.

Bagi Taylor, kehilangan pesawat MH370 bukanlah suatu nahas kerana ia telah benar-benar dirancang secara teliti dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku.

Pada 15 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membuat pengumuman bahawa sistem mengesan pesawat berkenaan iaitu transponder telah secara sengaja dimatikan.


100 Hari Yang Paling Menyakitkan


Semalam, genap 100 hari kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas semasa dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata tempoh 100 hari itu adalah satu tempoh panjang yang amat menyakitkan bagi syarikat penerbangan Malaysia itu.

Ahmad Jauhari berkata, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu tidak pernah dilupakan syarikat itu walaupun lokasinya ketika ini masih belum diketahui.

“Ini menjadi tempoh 100 hari paling panjang dalam sejarah sejak kehilangan pesawat MH370,” katanya, dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, hari ini.

“Doa dan harapan kami bersama anggota keluarga 239 penumpang. Mereka sentiasa berada dalam fikiran kami sejak 100 hari lalu,” katanya.

Beliau berate, MAS akan terus mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat berkenaan.

“Malaysia Airlines akan terus berharap untuk mencari jawapan bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370,” katanya.

MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.

Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil.

Antara negara yang terlibat dalam misi pencarian yang dikoordinasikan Malaysia termasuklah Australia, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

Majoriti penumpang pesawat malang itu adalah warganegara China.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan agensi terlibat dari Malaysia, Australia dan China dan negara-negara lain yang tampil membantu mencari dan mengesan MH370.


“Meskipun pelbagai usaha dilakukan sejak 100 hari lalu, misteri kehilangan pesawat masih belum terungkai,” katanya.

Monday, May 19, 2014

JAWAPAN SURAT SAIFUDIN NASUTION KEPADA TUN DR MAHATHIR

Tun Dr. Mahathir negarawan terbilang

Oleh kerana  belum ada sesiapa yang mahu membela Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tuduhan Saifudin Nasution ini, saya tampil membela Tun Dr. Mahathir. Saya fikir Saifudin melatah dan 'kekwat' dengan syarahan terbaharu Tun Dr. Mahathir di Jakarta.

Izinkan saya menceritakan kepada Saifudin yang mudah lupa, siapakah yang mengambil Anwar pada tahun 1981 dan diangkat ke pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan dan parti UMNO sehingga tahun 1998? Tahukah Saifudin bahawa Dr Ismail Faruqi pada tahun 1981, terbang ke Malaysia bertemu Tun Dr Mahathir untuk memujuk Tun Dr. Mahathir supaya menerima Anwar memasuki UMNO dan kerajaan?

Dr Ismail Faruqi idola Anwar Ibrahim
Saifudin berbangga kononnya Anwar rapat lebih lama dengan Dr Ismail Faruqi? Kita harus dedahkan perkara sebenar bahawa Dr. Ismail Faruqi diragui pemikirannya oleh tokoh-tokoh agama seperti Syeikh Hassan Al-Banna malah bekas Mufti Selangor turut tidak bersetuju dengan Dr Ismail Faruqi seperti dalam kes kalimah Allah apabila Dr. Ismail Faruqi menyamakan kalimah Allah dengan "Dewa Air". Adakah pembunuhan Dr. Ismail Faruqi di Amerika sama kes dan modus dengan pembunuhan Rafik Hariri (Lubnan), Benazir Bhutto(Pakistan) dan Osama Laden (Arab Saudi)?

Begitu juga Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi yang dibangga-banggakan Saifudin itu? Kalau begitulah hebatnya Anwar dalam dunia Islam sudah tentu kita sangat terkejut kenapa Anwar membela Israel musuh utama umat Islam. Apakah ilmuwan-ilmuwan tersebut gagal mendidik Anwar?

Bagi kita yang cetek ilmu ini, tidak akan ada ulama Islam hatta tidak akan ada mana-mana tok-tok guru akan menyokong musuh utama Islam dengan kata-kata yang cilaka dan mengguris hati umat Islam ini, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (WSJA)

Tun Dr. Mahathir walaupun tidak berlatarbelakangkan pendidikan Islam, tetapi Tun Dr Mahahthirlah satu-satunya pemimpin Islam dalam dunia yang berani mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas umat Islam di Palestin? Kepada Saifudin Nasution, apakah Anwar ada keberanian mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas penduduk Islam di Palestin?

Malah Tun Dr Mahathirlah satu-satunya pemimpin yang berani mengisytiharkan negara Malaysia sebagai negara Islam fundamental (2003). Sebaliknya, apakah Anwar ada keberanian untuk berkata dia akan mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam dan melaksanakan Syariah Islam (Maqasid Syariah) jika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau Anwar berani, saya akan tutup blog ini!

Saifudin tidak patut menuduh Tun Dr Mahathir memfitnah Anwar mengenai masalah moralnya! Jika begitu, apakah Saifudin bermaksud Saiful bekas pekerja Anwar itu dipaksa oleh Tun Dr Mahathir? Apakah Saifudin juga bermaksud Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dipaksa oleh Tun Dr Mahahtir untuk menjatuhkan keputusan dalam kes Anwar baru-baru ini?


Siapa fitnah Siapa

Adalah sangat murah politik Saifudin kerana menyandarkan hubungan Anwar dengan nama-nama besar dalam dunia Islam untuk membela masalah Anwar di Malaysia!

Saya rasa Saufudin buta aspek kenegaraan dan tidak memahami struktur pentadbiran negara kita. Bagaimana Saifudin boleh menuduh Tun Dr. Mahathir mempengaruhi Hakim-Hakim untuk memenjarakan Anwar sedangkan Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mempengaruhi Kehakiman negara. Anwar dibela oleh pakar-pakar peguam termaha hebat dalam dan luar negara, mereka pakar melengah-lengahkan dan menangguh-nangguh. Perdana Menteri hanya berkuasa di dalam pentadbiran kerajaan sahaja, sedangkan hal-hal Kehakiman dan Mahkamah di bidang kuasa yang berasingan.

Kerajaan tidak ada masalah jika universiti di seluruh dunia mengundang Anwar, bagaimana Saifudin boleh menuduh kerajaan menyekat pergerakan Anwar sedangkan Anwar bebas memegang pasportnya dan Anwar bebas ke mana sahaja?

Saifudin dengan bangga berkata pernah berpergian bersama Anwar ketika Anwar menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan negara-negara lain. Saifudin bertanya, siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Saifudin dengan bangga berkata, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat. Kalau begitu sepatutnya Anwar patut mempunyai keberanian untuk membela umat Islam yang terok ditindas di Palestin! Dan sepatutnya Anwar mempunyai keberanian mengutuk kekejaman Israel bukan membelanya! Sebaliknya lain pula yang berlaku bukan, Anwar kelihatan sangat takut kepada Israel dan kumpulan Yahudi di Washington.

Saifudin juga memetik nama Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Saya tidaklah hairan, umat Islam yang tahu siapa dia Dr. Rashid Ghanoushi juga tidak akan teruja. Mari kita tunjukkan secara ringkas siapa dia Dr Rashid Ghanoushi.

Charles Kurzman dalam bukunya ‘Liberal Islam‘ menyenaraikan nama Rashid Ghanoushi sebagai salah seorang tokoh Islam Liberal yang termasuk dalam katogeri memperjuangkan demokrasi.

Laman angryarab menyebut Ghanoushi adalah pelindung kepentingan Israel dan tidak akan memasukkan frasa mengutuk zionisme dalam perlembagaan Tunisia.
“Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa dia (Ghanoushi) berani menyatakan kepada akhbar British bahawa jika memegang jawatan presiden di Tunisia, dia boleh bertolak ansur untuk membenarkan penjualan arak, dan membiarkan wanita memakai pakaian renang.

“Kenyataan ini adalah sukar untuk dipercayai; bagaimana dia boleh menerima seorang wanita yang menanggalkan sebahagian besar pakaian ditubuhnya di khalayak ramai, manakala pada masa yang sama menegaskan bahawa wanita harus menutup rambut mereka?, soal Abdul Rahman Al Rashed dalam alarabiya.net

Tentang syariah Islam, egyptindependent.com melaporkan Ghanoushi berkata “Mempraktikkan Syariah Islam bukan keutamaan lagi sekarang,” katanya. “Kami mahu memastikan akan tiada lagi pemerintahan diktator.”

Maka, adakah kita hendak berbangga dengan Ghanoushi ini?


Kupas topik Islam

Saifudin bercakap tentang Turki dan Anwar, tetapi jika kita berjalan-jalan di negara Iraq, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Mesir dan di mana-mana sahaja dunia Islam dan bukan Islam, apabila kita memperkenalkan diri dari Malaysia, mereka akan berkata, "Oh Malaysia, Mahathir Mohamad, Malaysia Boleh, Malaysia Bagus"!

Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang tidak perlu menjaja dirinya atau melantik concultant untuk mempromosikan dirinya di seluruh dunia. Tun Dr. Mahathir tidak ada Dr. Mahathir Mohamad Consultant tetapi semua orang tahu Anwar menubuhkan Anwar Ibrahim Consultant (AIC) yang berpusat di Amerika untuk menjaja dirinya di seluruh dunia.

Bagi saya, Anwar dan Indonesia adalah mitos sahaja, saya tahu hanya beberapa kerat sahaja pemimpin di sana bersama Anwar, tetapi persahabatan Tun Dr Mahathir dengan keluarga Presiden Sukarno dan Presiden Suharto adalah sangat-sangat akrab! Jika Jokowi yang bernaung di bawah PDI-P (Megawati Sukarno-Putri) menang, bagaimana agaknya kondisi anda?

Kalau Saifudin berkata Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra, bolehkah saya tahu apakah karya-karya Anwar yang boleh dibanggakan?

Setahu saya, Anwar tidak pernah menulis buku. Sudah tentu tidak perlu saya senaraikan buku-buku Tun Dr. Mahathir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar hanya membaca buku-buku Shakespeare semasa di dalam penjara tahun 1999-2004 dahulu.

Saifudin juga berkata Anwar giat mempelopori maqasid syariah, tetapi saya yakin jika ahli-ahli PAS mendengar syarahan Anwar di Australia tidak lama dahulu, mereka pasti akan marah kepada Anwar!

Saifudin juga berkata, "Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat". Saya rasa ramai orang akan ketawa membaca kenyataan ini kerana Saifudin membayangkan seluruh umat Islam di Malaysia boleh diperbodoh dengan mudah.

Janganlah hanya jadi pengikut sahaja! Jadilah pemikir!
Anwar hanya menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony College, University Oxford saya fikir tidak sampai setahun. Anwar tidak memiliki PhD, perlantikannya hanya kerana dia berkawan dengan orang-orang Liberalistik seperti AlGore, Chris Patten, Mary Robinson dan penyagak matawang George Soros yang kebetulan mempunyai rangkaian penajaan dengan universiti tersebut. Tidak perlu saya senaraikan NGO-NGO mereka yang berkaitan kerana ianya sudah diketahui umum. Apabila baru-baru ini Al-Gore mencadangkan supaya Anwar berhijrah dan menetap di United Kingdom bukanlah satu perkara yang pelik. Mereka semuanya berkampung di sana.

Saifudin mempromosikan Anwar dilantik penasihat ekonomi Qatar suatu masa dahulu. Berkenaan hal ini, biar saya menulis sedikit tentang Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future, FFF):-


Foundation For The Future (FFF)

Foundation For the Future  diumumkan oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005, di Bahrain. FFF di Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern North African Nations dan The Group of Eight (G -8) yang Penaja utama forum ini adalah IMF, World Bank, ADB dan The International Finance Corporation. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI). MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA).  Ini bermakna Foundation for the Future bukannya projek negara-negara Islam Tetapi projek yang dikawal sepenuhnya oleh US Department of State. Penyelenggaranya adalah Elizabeth Cheney atau Liz Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF dan NED.

Saya percaya Saifudin tidak jelas hal di atas, Saifudin patut memperbanyakkan bacaan dan kajian lagi. Janganlah hanya jadi pengikut sahaja! Jadilah pemikir!


Bunuh karekter: Senaraikan Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan & UMNO

Elok juga saya mengingatkan Saifudin yang membela Anwar, dengan menulis surat itu Saifudin masih tetap gagal memenangi Timbalan Presiden PKR, sebaliknya Saifudin tetap terperosok di bawah. Saifudin juga sudah ditolak rakyat dalam PRU13, Saifudin juga ditolak ahli PKR di dalam pemilihan yang penuh tragik cacamerba baru-baru ini. Menulis surat menghentam Tun Dr Mahathir bukan cara yang menguntungkan untuk menang dalam pemilihan PKR atau bukan satu cara yang baik untuk mengambil hati Anwar.

Saifudin menuduh penjawat-penjawat kerajaan dengan kenyataan "Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah".

Siapa mereka, sebutkan nama mereka, bukankah Anwar berkata , "Berani Kerana Benar, Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai, Kalau Takut Berkata Benar Usah Bicara Soal Perjuangan? Kepada Saifudin Nasution "Kalau Kamu Berkata Benar, Senaraikan nama mereka di dalam kerajaan dan UMNO yang kononnya menyokong Anwar?"

Kita cabar Saifudin, kalau Saifudin tidak senaraikan, bermakna Saifudin telah memfitnah mereka, merosakkan imej mereka, merosakkan periuk nasi mereka dan meletakkan mereka dalam situasi 'ketakutan'!

Kita juga mahu mengulangi pertanyaan Saifudin, bagaimana sebenarnya Anwar mahu diingati? Mahu diingati dengan sejarah banyaknya menagguh-nangguh kesnya di mahkamah, atau mahu diingati dengan tuduhan-tuduhan tidak berasasnya kepada kerajaan? Menuduh pengundi hantu dalam PRU13, sedangkan pemilihan PKR sendiri terdapat laporan pengundi berlebihan daripada senarai asal, menuduh blackout sedangkan laporan  bergambar jelas menunjukkan kertas undi PKR dikira dalam bilik hotel, dan banyak lagi cacamerbanya sebagaimana berlaku sekarang.

Ketika Anwar masih terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terus gagah menulis dan berbicara menyedarkan rakyat tentang bahayanya anasir liberalistik, tentang bahayanya musuh luar yang bertopengkan NGO itu NGO ini. Bagi Tun Dr. Mahathir, selagi kudrat masih ada dia perlu berusaha menyelamatkan negara ini daripada dihancurkan oleh tangan-tangan asing yang bermaharajalela atas nama human right, kebebasan dan kesamarataan yang palsu.

Dalam usia Anwar mencecah 70 tahun menjelang PRU14, saya ingin berpesan kepada Saifudin, nasehatilah Anwar supaya menunaikan janjinya untuk bersara kerana dia sudahpun tewas dalam PRU13. Nasehatilah Anwar supaya menulis kisah hidupnya sendiri selepas bersara nanti.

Seburuk-buruk Saifudin menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diizinkan oleh Allah SWT untuk memasuki Ka'abah yang suci itu. Sehebat-hebat Saifudin mengagungkan Anwar Ibrahim konon rangkaiannya termaha hebat dengan pemimpin-pemimpin Arab dan ilmuwan Arab, adakah Anwar sudah pernah memasuki Ka'abah?

Saya berdoa semoga Anwar Ibrahim mendapat hidayah dari Allah SWT.

Sumber -
Al-Azharri Siddiq,
Presiden Penaja,
Yayasan Pendidikan Islam & Masa Hadapan Negara,
Kuala Lumpur.


http://www.al-azharrisiddiq.com/