Search This Blog

HOME

Showing posts with label Cerita Dalam Negara. Show all posts
Showing posts with label Cerita Dalam Negara. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Tiga Pemimpin Pembangkang Dikenal Pasti Dalang Insiden Pencerobohan Lahad Datu - Zahid.


ALOR SETAR: Kementerian Pertahanan mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
siapa diantara mereka ini 'mastermind'? 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata segala maklumat dan butiran mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butiran itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

"Bila akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik Umno," katanya.


Hakim Ingatkan Adam Adli Hormati Pemimpin.

KUALA LUMPUR  26/04/2013 - Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.

Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.

Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.

Hakim Zaleha berkata, perbuatan Adam Adli di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011 telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil. Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.

"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.

Mangsa Culik Panjang Akal......... SMS Suami Semasa Diculik.

JOHOR BAHRU 26/04/2013 - Kepantasan seorang suri rumah yang diculik mencatat nombor plat kereta dan jenis kenderaan lalu menghantar pesanan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya, berjaya membantu polis memberkas penculik tersebut semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun itu berhadapan detik cemas apabila diculik sekumpulan Ah Long yang menuntut hutang berjumlah RM500.00 yang dipinjam suaminya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, wanita itu telah dibawa lari dari rumahnya di Taman Suria Muafakat selama kira - kira dua jam sebelum ditemui selamat pada jam 6.45 petang semalam.

"Polis menerima maklumat daripada suami mangsa yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis selepas menerima SMS daripada isterinya.

"Mangsa sempat menghantar SMS kepada suaminya dan memberitahu jenis serta nombor plat kenderaan tersebut minta diselamatkan.

"Mangsa juga telah diugut untuk dibawa lari ke Kuala Lumpur sekiranya suaminya gagal membayar hutang tersebut," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Johor Bahru Selatan sebentar tadi.

Susulan daripada itu, ujar Zainuddin, polis mengeluarkan arahan ke semua pejabat polis daerah untuk mengesan suspek.

"Hasil siasatan dan pemeriksaan, polis berjaya mengesan kenderaan suspek di Taman Nusa Idaman, Bukit Indah pukul 6.45 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan polis menjumpai beberapa senjata digunakan untuk menakutkan mangsa seperti rotan, kayu, besi dan buku lima," ujar beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 kerana menculik dan melakukan ugutan serta pemerasan.


Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Mati.

 
KUALA LUMPUR 26/4/2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim disahkan meninggal dunia selepas ditembak oleh penunggang motosikal di lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pagi tadi.

Kesan peluru ditingkap kereta 
Beliau yang sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dipercayai mengalami kecederaan selepas terkena dua das tembakan di tengkuk dan pipi.

Shaharuddin dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira 9.20 pagi ini.


Thursday, April 25, 2013

Flash floods wreak havoc in Klang Valley


KUALA LUMPUR: Traffic in the city came to a standstill when a late evening thunderstorm triggered flash floods.

Flash floods were reported at about 5.30pm in Damansara Perdana along Jalan PJU/1 near Metropolitan Square, KM1.4 on the KL-Seremban Highway from TUDM to the city centre, and on KM13 on the New Pantai Expressway.

The Malaysian Highway Authority (MHA) also reported that other affected roads were Jalan Duta, Jalan Raja Chulan, Jalan Cheras, the MRR2 near Taman Connaught and the East-West link near Bandar Permaisuri.

Portions of the Besraya highway were also affected.

However, the SMART tunnel remained open to road users in both directions.

MHA’s Twitter handle @llmtrafik stated that traffic began to ease along the affected roads only at about 10pm.
Motorists caught in the heavy traffic and flash floods took to Twitter to warn others to avoid the affected stretches.

User @adam_lim tweeted a photograph of a road in Sri Serdang which was flooded at about 7pm, while user @silvennia tweeted at 8.30pm that “traffic heading to Kepong both from Penchala and LDP is extremely congested”.

The Malaysian Meteorological Depart­ment’s seven-day forecast showed that thunderstorms can be expected in the afternoon until Tuesday.

GE13: Jenice Lee’s aide threatens legal action against DAP over cheating allegations



CHERAS: An aide to sacked DAP leader Jenice Lee is threatening legal action against the party's DAP disciplinary committee chairman Tan Kok Wai if Tan does not substantiate his claim within 24 hours over misappropriated funds from residents. 

Lee Hsuan Ba told reporters at the incumbent Teratai assemblyman's office here on Thursday that he wanted Tan to show evidence for his claims made to the press, or else publicly apologise and retract his statements.

Failing this, Lee said he would take legal action against Tan for making wrongful statements against him and damaging his reputation.

Tan had, in a statement to the press dated April 24, accused Lee and Hsuan Ba of misusing funds collected from residents after agreeing to help them build a retaining wall.

The letter made available to The Star also stated two other complaints, including allegedly appointing Hsuan Ba's company to supply promotional items using the state government's allocation; as well as repeated accusations and attacks against the disciplinary committee.

Hsuan Ba clarified that the sum of RM32,000 collected from residents had not been to build a new retaining wall, but rather to upgrade an existing one to protect the residents living at the bottom of a slope from landslides.

"The residents and contractor hired to upgrade the wall can all testify that I had only held the sum (collected from residents) as a stakeholder, which I later passed to the contractor as payment for his work.

"It was them (the residents) who had requested for me to recommend a credible contractor for undertaking the project.

"The residents can also testify that I had not collected the sum through a company named BA Communications," he said.



Wednesday, April 24, 2013

Kementerian Pertahanan sahkan 35 pengganas Kiram ditembak mati

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 25 April - Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan sebanyak 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan lelaki tersebut ditembak mati Tentera Laut Filipina ketika cuba memasuki perairan negara.

Utusan Malaysiadalam laporan eksklusif hari ini melaporkan pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu.

Menurut sumber, kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber tersebut memberitahu, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Monday, April 22, 2013

Nak minum petang bersama Anwar dan Aziz kena bayar RM20?



aduhhh sapa punyer kerja ni?........

Rakyat yang menghadiri majlis minum petang bersama Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PKR Parlimen Sabak Bernam, Dr. Aziz Bari di sini dikenakan bayaran sebanyak RM20.

Mana-mana individu yang hadir ke majlis yang diadakan di perkarangan Pusat Belian Padi Pukal Parit 3 Banat di Kampung Sungai Air Tawar di sini tetapi tidak membayar tiket tidak dibenarkan masuk.

Penyokong parti pembangkang yang kurang senang dengan syarat bayaran RM20 tersebut terpaksa berdiri di tepi jalan meskipun ada dalam kalangan mereka terpaksa menyelinap masuk tanpa membuat pembayaran.
Pihak media yang hadir untuk membuat liputan majlis itu turut tidak dibenarkan masuk selagi tidak membeli tiket yang dijual dengan alasan duit itu untuk disalurkan ke pada tabung jentera PKR di Sabak Bernam bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).