Search This Blog

HOME

Monday, December 29, 2014

Ibu Puteri Balqis Dedah Kisah Sebenar Difitnah Pengarah Jinggo.



PETALING JAYA: Ibu kepada Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz kecewa dengan fitnah yang dibuat pengarah drama Azman Yahya atau Jinggo yang berniat menjatuhkan reputasi pelakon kanak-kanak itu.

Norashikin berkata, syarikat produksi kepunyaan pengarah tersebut iaitu JS Pictures Sdn Bhd tidak profesional dan cuba mempermain-mainkan mereka apabila membatalkan tawaran terhadap Puteri Balqis pada saat-saat akhir.

"Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Print screen aplikasi Whatsapp & Facebook

"Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Norashikin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan pengarah terkenal Jinggo menerusi laman sosial Facebooknya dengan mendakwa ayah kepada pelakon kanak-kanak itu bersikap sombong dengan menuduh produksi tersebut cuba mempermainkan anaknya.

Jinggo bersama isterinya pelakon Sheila Rusly
Jinggo yang juga suami kepada pelakon Sheila Rusly menerusi laman Facebooknya turut mendakwa ayah pelakon kanak-kanak itu turut meminta pelbagai syarat termasuk bayaran 50 peratus sebelum menerima skrip yang ditawarkan kepada anaknya.

Pernah dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis di Anugerah Skrin 2014
Norashikin menjelaskan, apa yang berlaku antara pihaknya dengan produksi tidak seperti yang digambarkan oleh Jinggo menerusi laman sosialnya itu.

Katanya, pihak produksi telah merumitkan keadaan apabila segala perjanjian yang telah dipersetujui dibatalkan secara tiba-tiba tanpa seberang alasan.

"Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur  untuk slot Akasia di TV3 yang mana ada enam episod untuk Balqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana ada penggambaran drama dengan Micheal Ang.

"Namun, pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut.

"Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis," ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, ketika pertemuan untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan doposit, pihak produksi menghantar mesej bahawa mereka membatalkan tawaran tersebut.

Walhal anaknya sudah menghafal skrip yang mereka hantar melalui e-mel beberapa minggu sebelum itu.

"Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.

"Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.

"Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod," ujarnya kesal.

Tambahnya, ini merupakan kali pertama mereka berurusan dengan syarikat produksi tersebut biarpun setelah beberapa kali diberi peringatan.

Katanya, beberapa pihak sebelum ini ada menasihatkan mereka agar tidak bekerjasama dengan syarikat produksi tersebut yang banyak mendatangkan masalah.

Sumber - mStar Online

No comments:

Post a Comment